kalau ramai follow nanti kita pergi trip ke paris. tengok org kg sana.

Glossari

Panduan utk pembaca. Kebanyakan Entry dalam Bahse Pahang.


Koi itu Saya

Aok itu Awak



*Selamat Ditumbong*

Tuesday, August 24, 2010

aku tak biasa.




turun naik turun naik cursor kelip kelip ni. sebab dah lama. dah tak biasa. menulis ni laman picisan minda ni. delete enter delete enter backspace. tak in the blood langsung.

serupa jugak macam makan di tengahari. kalau tak silap aku dah masuk 13 hari kita puasa. lepas 30 hari nanti mesti dah tak biasa dah nak pekena nasi campur lauk rebung sekali dengan perut tambah ayam goreng kulit garing. dapat pulak tengah tengah hari ni air berpeluh. memang syok la menyedut air berpeluh tu. 


kat tepi blog ni pun dah boleh pulak badge nuffnang ni tulis "saya siarkan iklan google". ayat dia macam cilaka. punyalah lama tak update blog. letak nuffnang ni bukan apa. saja ja nak bagi penyeri blog kalau keluar iklan beranimasi ni. bukan iklan beranimati seperti "make video calls with your friends" yang buh gambar perempuan tunjuk dada belah dia sambil senyum senyum dekat facebook.


anak buah aku main facebook kot. harap harap dia tak klik. aku sebagai pakcik yang penyayang pun memang tak menyokong anak anak buah aku main facebook. seperti mana aku tak berapa menyokong anak buah aku dengar Justin Bieber dan juga Bunkface. come on la nephews. hahaha. peminat Bunkface jangan kecil hati lah pulak.

dah mencarut macam macam. mungkin kerana rasa sedih apabila terpaksa buang lauk paru masak berlada dengan sambal kerang pagi tadi akibat bangun sahur ketika dah subuh. sedih. tapi bukan menyedihkan.





air berpeluh.







gulai rebung perut




paru goreng



sambal kerang



nyaris lupa tadi. ayam goreng kulit garing.





dahla toksah buat terliur. aokme tu umur berape dah nak terliur liur konon.


Thursday, July 22, 2010

cerita biasa




lama tak update blog. maklumlah cuti 11-12 minggu ni macam banyak pulak agenda nya. main dota pun dianggap satu pekerjaan serius. jadi tak gaya hero sangat lah kalau update blog selalu.

minggu pertama bagi semester 5 sesi Julai 2010 aku macam biasa biasa saja. aku dah set minda untuk tak nak nampak cemerlang dan terbilang sangat. ini namanya teknik Concealment kalau mengikut teknik teknik spy yang aku baru Google tadi menggunakan search word "spying techniques".

bukan apa, bila di minggu pertama, bila datang awal ke kelas, serta hadir dengan kehadiran penuh di minggu pertama, itu membuktikan misi misi pelajar cemerlang penuh di dada. kemudian bila di lewat penghujung sem, bila anda semakin kurang kehadiran ke kelas, mesti ada mulut mulut melayu berbunyi dan mengata,

"ah, awal sem bukan main semangat, hujung hujung sem sama je macam aku"


sama je macam aku tu tak tahan. nampak sangat ayat bela diri. cis punya melayu! heh.

jadi sem ini aku bersedia awal, aku praktikkan teknik Concealment ini walaupun aku baru Google nya beberapa minit tadi. tapi target aku start minggu kedua ni nak datang kelas penuh kecuali beralasan kukuh. mana tau dapat hadiah kehadiran penuh macam sekolah rendah dulu. bangga jugak dapat naik pentas dekat PICC masa graduate nanti.

selain itu, sebagai mengukuhkan teknik Concealment itu lagi, aku juga menjadi antara pelajar yang lewat mendaftar semester dan subjek.

"benda daftar online, klik sana klik sini setel la. apa ada hal."

kata aku pada Abang Zam masa lepak mengopi malam Ahad baru ni. Isnin pagi tu aku ada kelas. tapi Isnin pagi tu aku masih berada di kampung halaman tercinta, Kampung Karak Setia. jadi soalannya berbunyi, "Mungkinkah aku pergi ke kelas pada hari Isnin itu?"

jawab dalam hati. ambil masa enam hari untuk jawab pun tak apa.

oh ya, junior makin ramai. heheh. tapi tak sempat lagi aku nak banci dan kategorikannya sekali. tapi aku syak Ijam mesti dah mula banci. dia lain, pakai jam macam Naoki Buzzer Beat tu. tak apalah. aku kalau nak banci pun sekadar isi masa lapang orang kata. takpun melepaskan tension. alasan tipikal jejaka kantoi. bukan gatal tau yang. haha

yang tak bestnya bila masa aku paling nak menggunakan internet dekat library tu, time tu lah nak penuh junior main Facebook. malas betul abang nak cedok perut diorang sorang sorang.




Friday, June 25, 2010

Okey ini konklusinya.





pada 5hb hingga 12hb Jun lepas, Alhamdulillah dengan selamatnya koi telah pergi dan pulang dari Saudi Arabia. 5 malam disana dihabiskan di Tanah Suci Makkah dan 2 malam di Madinah Al-Munawwarah.



dan ini adalah konklusinya, dan terbahagi kepada dua iaitu selepas dan ketika.



Selepas ( 12hb Jun 2010 - sekarang )

"Alhamdulillah"

itulah secara ringkasnya yang dapat koi nyatakan ketika selamat sampai di Malaysia pada pagi 13hb Jun tersebut. macam macam perasaan ada. bila tak pernah berjauhan dengan Malaysia, perasaan rindu yang teramat kepada bumi Malaysia yang tak seberapa ini memang kuat. begitu juga rindu pada Kampung Karak Setia.

bila seseorang pulang daripada menunaikan Umrah, macam macam tanggapan akan diberikan kepada kita. betul tak? contohnya, pikir aje sendiri. heheh. tapi apa apa pun, mesti orang akan beranggapan kita makin baik, kan?

ya, makin baik.

dan kenyataan itu adalah sangat subjektif. ini adalah apa yang koi dapat kongsikan.

pulangnya dari Tanah Suci itu, Afiq Safwan Bin Ariffin masih tetap orang yang sama. masih berjari kudung. haha. okey okey serius sikit. koi masih orang yang sama. koi masih bermain gitar, masih melepak kedai minimum sekali sehari untuk mengopi, masih memakai seluar pendek, berbahasa kesat tetapi agak terkawal, masih mempunyai mata yang memandang makwe makwe, masih bermain facebook dan banyak lagi dia punya masih.

Afiq Safwan masih sama.

di mata kasar, selain daripada berkepala botak, koi nampak sama. sehinggakan kenyataan kenyataan berbaur seperti ini selalu dinyatakan kepada koi,

" aok ni haji (gelaran baru kepada koi) , mende ni pakai seluar jeans koyak lutut. aurat ni. aok tak boleh dah nak rock rock balik dari Umrah. sia sia aje la aok pergi."

kata seorang rakan kampung sambil die gelak stail stail perli berbau sinis.


" haji, apa ni pakai seluar pendek? aok ni same je. koi igt aok beruboh le lepas balik Umrah. keh keh keh. "



yes. koi dijadikan bahan. nasib baik koi biasa dibahan. jadi tak makan hati la.

meh sini koi kongsi sikit keadaannya ye dak? terus terang sejak balik dari Umrah, koi tak banyak cerita apa apa pengalaman pada orang. kerana ianya terlalu indah dan terlalu banyak untuk diceritakan. tetapi apa yang koi katakan, koi bangga menjadi umat Islam. koi bangga dengan Islam. dan ikhlas, koi lebih menjaga segala yang diwajibkan terhadap koi menurut agama seperti solat lima waktu.

koi masih lagi seorang anak muda. tak pernah terlepas daripada salah silap dan dosa di dunia ini. hampir 21 tahun hidup di dunia, koi banyak berdosa. solat lima waktu dahulunya pun banyak lat- la nya. puase wajib pun pernah juga koi ponteng sehari dua dulu.

apa yang koi harapkan, Allah S.W.T ampunkanlah dosa hamba Mu ini. dan terus terang, pemergian koi selama 7 hari itu banyak mengubah koi. tidak semestinya kita perlu berkopiah, berjubah, bertasbih, kita sudah menjadi lebih baik, kan? apa yang koi dah berubah, hanya antara koi dengan Allah S.W.T sahaja yang tahu.

koi masih selesa menjadi diri koi yang sama. cuma sekarang ni rasa gentar dan cinta pada Yang Esa itu pastinya sudah berubah. koi masih lagi berroking. masih bermain gitar. masih sama tetapi tidak serupa.

aku sangat bersyukur diberikan peluang ke Tanah Suci Mu dan Tuhan, tolonglah bimbing hamba Mu ini sentiasa. murahkan lah rezeki ku agar berpeluang ke Tanah Suci Mu lagi.


Ketika (5hb - 12hb Jun 2010)


tak dapat nak dikatakan pengalamannya. sungguh indah, dan bermakna. Alhamdulillah. mujur ada beberapa gambar yang koi tangkap yang mungkin dapat membantu.




Subhanallah. Allahuakbar







sayu di hadapan Kaabah, ini selepas Subuh, kira kira 6.00 pagi.





Tiada yang lebih indah daripada ini.





Menunggu Zuhur





Zuhur






Di hadapan Masjidil Haram, Gate 79 - King Fahd Gate




Ibu dan Bapak, terimakasih.




Banyak untuk diceritakan. Masjidil Haram memang tenang dan indah. ianya lebih daripada sekadar masjid. sayang tiada gambar di Masjid Al-Nabawi.


Insya Allah ada masa, koi update lagi. sekarang time pekena kopi.


Terima kasih, Allah Yang Maha Esa.












Sunday, May 30, 2010

Dulu dulu dan sekarang sekarang




kalau dalam 6-7 tahun lepas, cuti sekolah lah mende paling bes. setiap hari ade dunie baru nak diterokai. ada semak samun nak digelumangi, ada saje plan yang nak diceburi. kalau time kecik kecik tu dulu, pagi pagi bangun kemain awal. jenis pagi pagi ngadap tv tengok cerite katun sambil makan cekodok tak pun nasi goreng buatan kakak ataupun ibu koi. kalau bangun lambat tu memang kacau la. peluang untuk terlepas sarapan tu tinggi. persaingan antara adik beradik. nak nak bila persaingan ade berbau bau dengki dan iri hati.

lepas perut kenyang, hati pun senang. geliat sane geliat sini, dalam pukul 10-11 pagi, koi dah keluor rumah. menuju ke rumah Cool. Cool ni jenis bangun liat sikit dulu. kalau datang rumah die kene la usehe tunggu die bangun.

"woi, jomla kluar. koi sangap dah rokok ni woi."

kata kata koi yang juvenil ketika itu.



"sabor la woi. ngantuk ni."

balas Cool, garang.

bila Cool dah siap mandi, koi pun dah siap mandi, kami pun melangkah ke dunie nyata. menghadapi cabaran cabaran yang akan mendatang hari ni. stail hero hero remaja belasan tahun. tapi bukan stail Jonas Braders-Lah. destinasi seterusnye, ke rumah tepi simpang hujung jalan tu. rumah Pakcik Wahid.


"weh, aok le pergi panggil bebudak ni. koi malas kang kene maroh dengan Acik Yam tu."

dengan nada licik koi berkate.


"yelah yelah. gampang betei aok ni. stail kecut." kate Cool.

die selaku brader setahun dari koi memang bertimbang rase.


****

"Aris!!!!! haa. ni ha member kau dah datang dah ni haa! kau amik baju, kain, seluar, kau isik dalam beg, lepas tu tak payah balik rumah! keluar saje keje kau! apa nak jadi tak tahu lah! dah la berkawan dengan orang bukan bukan! kau pergi jela ikut member kau tu! "

kate Acik Yam. betei betei depan muke Cool. tapi memang standed la Cool buat muke tak paham. padahal dah segan.

tak lame lepas tu, Aris pun keluar. dengan muke kanyor kanyor nye. kadang kadang Isa si adiknye pun ade juga mengikut. bile dah agak agak cukup kaki, kami pun melangkah ke destinasi seterusnye, Tanah Perkuburan Islam Kampung Batu 4 Karak Setia.

kat kubur tu, ade satu port pokok rendang. memang sedak la melepak situ. jenis berangin je. melepak situ pun, satu tujuan je yang menyatukan kami. rokok. haha. time time baru nak up dulu memang merate port kami carik untuk hisap rokok dengan aman. jenis kami bebudak dulu stail cuak cuak dengan orang kampung. hisap rokok nyorok nyorok. hisap rokok kat tempat gelap. rokok pulak, beli sekotak kating duit sampai 4-5 orang.

lepas hisap rokok, barulah panjang akal nak buat ape. kadang kadang curik ayam buat panggang. kadang kadang pergi bunuh itik jiran sebagai hiburan. kadang kadang pergi sungai belakang rumah layan blues. blues bukan blue ye. kadang kadang dok cari semak yang bes bes nak buat port melepak lagi. banyak lagi. tapi itu semua bukan point untuk diceritakan hari ni. cewah. serius pulak ye dak?


***


sekarang dah banyak beza dia. Cool dah 5 bulan berhenti merokok. Aris dah setahun tak balik kampung. koi rase pun memang die tak akan balik dahle. Isa pulak dah stail segan segan nak melepak.

sekarang lepak lepak tu memang ade. kaki kaki tu yang dah tak same. melepak dalam semak tu tak ade dah le.

yang budak budak Present for July, Alip ng DP, i'm sorry, my time is running out.

jom pergi Genting, otak koi dah tepu.






btw, 5hb koi dah berangkat ke Tanah Suci. doakan koi selamat pergi selamat balik. doakan ibadat koi diterima oleh-Nya. Amin.

Thursday, May 20, 2010

pemanasan global dan cuti semester.



cuti semester dah bermula dekat seminggu. koi tengok kiri, kanan, atas, bawah, semua sama je lagi. dah 11 hari duduk rumah. tak berapa produktif sangat juga. hasil terbaik sepanjang cuti ni ialah perubahan drastik bilik tidur ala casa impian, (sukedak!!) dan pergi balik pergi balik kelumpo dua hari berturut turut.

rutin harian maintain same. tak berapa banyak yang berbeza. mengeteh di petang dan malam hari itu wajib. tapi sekarang petang petang kene tengok keadaan. kalu paneh sangat maleh dah nak kluor. yang tu la kelebihan hidup di kampung pade koi. hidup yang senang dan ringkas. tapi pelik juge. ade juge yang jenis dah sedak dok kelumpo tu, bile balik kampung, bukan main runsing lagi. garu kepale sane, ke hulu ke hilir sane sini. kalo duduk tu tak mboh nak diam. teruk sangat gayenye. memang kalah ayam berak kapur. khabor mereka, kampung ini bosan. tak ade life. tak ade gadis IPTA berbetis berdada. tak ade amoi melepak. tak ade orang main drift kereta. tak ade kelab malam. tak ade shopping kompleks.

"macam celake."

kate koi.

tapi dalam hati la. takut membe tu kecik hati. bile koi dengor orang sibuk nak cakak macamtu, koi rase demeh tu mudah sangat nak rase sedak dengan mende yang tak kekal ni. ntah la. bagi koi ni, hidup ni tak gune nak di seronokkan dengan mende mende yang seronok sementare aje tu.

bagi koi, apa yang menyeronokkan, melepak mengeteh sambil memumpam dengan kawan kawan yang kite tak sakek ati memandang, main musik, makan goreng pisang dan wantan, minum kopi tarik, dan mengumpat mat rempit.

yang tu dah cukup nak menggembirekan hati budak kampung ini ( koi ).

dan dunia sekarang memang paneh. tapi itu bukan alasan dekat makwe makwe nak pakai baju tak cukup kain. bukan juga alasan untuk anak anak jantan duduk rumah terbaring atas katil sepanjang cuti semester bagi yang tengah menghidap cuti semester ini.

selamat menghidap cuti semester.




cuti baru habis 11 hari. tapi dah rase time is running out tu. mungkin sebab selalu bangun melohor. sian makwe kene miscall banyak banyak kejut koi pepagi. maafla makwe. koi ni memang jenis tido mampuh. heheh.

melohor - lambat
.






Wednesday, May 12, 2010

aku sebuah robot



aku sebuah robot. aku dicipta oleh seorang genius. pencipta ku hanyalah seorang lelaki kampung yang tinggal di solok pendalaman sebuah kampung yang memang tidak urban habis. oleh kerana beliau gagal memasuki IPTA untuk melanjutkan pelajaran, beliau mengambil keputusan untuk mencipta aku sebagai tempat untuk melepaskan amarahnya terhadap Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional kerana menolak permohonan beliau untuk memohon skim pinjaman PTPTPU kerana lampiran surat beranaknya tidak disahkan oleh tok empat. aku panggil beliau sebagai abg So'od.

berbekalkan duit jualan pisang sematu dan pisang nangka yang sekangkang kera di belakang rumah beliau, puluhan ribuan ringgit telah dihabiskan abg So'od untuk menghasilkan diriku. berpuluh bulan juga punya penyelidikan dan pemajuan dijalankan sebelum aku berjaya dicipta. tanggal 31 haribulan Februari tahun 2009, aku berjaya dihasilkan. oleh kerana aku dicipta mirip mat saleh, aku diberi nama Abdul Jamil Cullen yang bermaksud Hamba Yang Cantik. Cullen tu aku yang request bagi menyelitkan unsur urban dalam diriku.

walaupun aku adalah robot yang dicipta lengkap dengan Kebijaksanaan Tiruan, aku adalah sebuah robot yang sangat mematuhi perintah abg So'od. aku juga masih berpegang kepada Tiga Undang Undang Robot yang dicipta oleh Isaac Asimov. selain itu, Rukunegara juga menjadi pegangan ku. setiap dinihari, aku akan mengejut abg So'od bangun subuh. kata kata nya masih lekat didalam Memori Baca Sahaja (ROM) aku.

" memang kau robot Jamil. memang aku yang mencipta kau. tetapi aku dicipta oleh Tuhan Yang Maha Esa, Allah SWT. oleh itu, kau harus sentiasa ingat, tanpa Allah, kau juga tidak akan tercipta. Allah itu Maha Besar. Allahuakbar. "

Allahuakbar. Kalimah itu sering menjadi ungkapan ku. walaupun aku robot, aku mempunyai kepercayaan yang kuat kepada Yang Esa. kebiasaannya, selepas mengejut abd So'od bangun dari Subuh, aku akan membantu mak Senah menyediakan nasi lemak sambal ikan masin untuk keluarganya. mak Senah hanya ada abg So'od sebagai ahli keluarganya yang terakhir. anaknya yang lain dan lakinya semua telah tiada kerana menghidap Spanish Influenza. kadang kadang pada waktu malam, aku terasa hiba sewaktu memandang bulan memikirkan nasib mak Senah. mujur ada aku, hidup mak Senah makin urban dan ceria. sekali sekala aku teman kan juga mak Senah ke Cosway untuk membeli Tupperware rekaan terbaru hasil daripada duit KUTUnya yang dilaburkan RM 2000 sebulan.

sebagai sebuah robot yang urban, hobi aku adalah melayari internet untuk mengetahui gosip terkini artis Malaysia. bagiku artis Malaysia ni boleh tahan berbakat bergambar secara candid di dalam kelab malam. selain itu, aku juga gemar melayari laman jaringan sosial terkenal, Facebook. ini semua gara gara makcik Senah yang menghasut aku mendaftar Facebook agar dia boleh menambah aku sebagai jirannya di permainan Farmville. aku layan kan sahaja. tidak baik melawan orang tua.

oleh kerana aku mempunyai paras rupa yang menarik, ramai juga makwe makwe telah menambah aku di Facebook. tidak kiralah makwe desa, makwe IPTA, makwe IPTS, makwe kampung, makwe urban, cikaro, makwe rempit, makwe kelabing, makwe orang, ada sahaja permohonan kawan untuk aku setiap hari. ada juga yang menambah aku semata semata mahu ajak aku pergi kelabing di Jalan P.Ramlee. bagiku kelabing tidak urban. mengeteh lagi urban selain dapat menambahkan kemahiran menumbong. kebiasaannya aku abaikan sahaja permohonan kawan daripada makwe itu. kerana boleh la aku berlagak pada abg So'od kemudiannya. abg So'od susah untuk mendapat permohonan kawan kerana dia meletakkan gambar lesung batu sebagai gambar profail utama beliau. tapi aku selalu juga perasan sejak kebelakangan ni abg So'od selalu juga menambah pelajar sekolah menengah sebagai rakan baru Facebook beliau. mungkin dia dalam mood memburu. aku selalu juga berpesan kepada beliau,

" abg, bahaya. 20 sebatan nanti. "

dengan muka selamba beliau membalas.

" aku nak jaga depa ni dari kecik. besaq nanti tak dak la depa jadi lain macam. tak dak la depa pergi kelabing ka apa ka. aku malaih nak ngorat awek sekarang ni. nak nak yang dok belajaq kat IPTA tu. bahaya. depa tu racun dunia. "

apabila abg So'od berkata begitu, aku akan diam. sebagai mematuhi Hukum Robot Kedua ku. tapi aku yakin, mungkin abg So'od pernah kena game dengan makwe IPTA. kesian dia.

sebagai seorang robot, aku mempunya kuasa super yang tiada batasan. aku lebih kuat daripada mana mana Rangers Kuasa, Penunggang Bertopeng, LelakiUltra, Doraemon, LelakiKelawar, LelakiSuper, LelakiLabahLabah dan juga Edward Cullen yang muka penyek itu. jadi menurut Hukum Robot ku yang pertama, sudah menjadi tugasku untuk menjaga keselamatan dunia sejagat ini.

baru baru ini, aku sedang bergiat dengan beberapa badan rahsia untuk menentang illuminati. Jay-Z, Beyonce, Lady Gaga, Rihanna, Tom Delonge, Madonna, Taylor Swift, Kanye West, Jonas Brothers, Miley Cyrus, dan beberapa artis antarabangsa telah berjaya aku berkas kerana mereka dipercayai Illuminati. di antara mereka, yang paling bahaya adalah Lady Gaga. kadang kadang, bila aku tengok dia, aku teringat Mona Fendi. mereka banyak persamaan daripada segi masalah psikologi.


baru baru ini, aku telah bekerjasama dengan badan sosial bukan kerajaan untuk membantu mencegah kes pembuangan bayi. aku sedih melihat ada manusia yang sanggup membuang bayi. tidak kah mereka sepatutnya menyayangi nyawa yang tidak bersalah itu? senang senang hati mereka buang. buat pandai. buang nak bersepah. aku geram juga dengan manusia jenis begini. mereka tiada perikemanusiaan. sedangkan aku yang robot ini lebih banyak perikemanusiaan. atau patutkah dipanggil perirobotaan? ah lupakan sahaja. kadang kadang dalam hal ini aku agak emosi dan naik angin. bila aku begitu, suhu pemproses aku akan meningkat secara mendadak. oleh itu, aku perlu sentiasa mengawal emosi aku agar suhu aku tidak selalu naik.

walaupun aku seorang robot, aku tidak menggemari lagu "Jika Ku Seorang Robot" dendangan Monologue. harap tiada sesiapa tersinggung. bagiku lagu itu aneh. lebih aneh daripada kucing berjanggut. hasil karya Monologue untuk Butterfinggers adalah lebih menarik.

suatu hari, sedang aku dalam perjalanan hendak ke kedai membeli aiskrim kacang merah untuk mak Senah, sebuah lori yang datang dari mana entah, telah melanggar aku. "Poooof!" "Kebabom!". aku pun hancur berkecai sehingga tiada serpihan yang tinggal. puas mak Senah dan abg So'od mencari ku. akhirnya, mereka menganggap aku telah melarikan diri ke Lombok dengan seorang makwe IPTA.







Abdul Jamil Cullen. Dalam Kenangan.




***TAMAT***








Wednesday, May 5, 2010

Kantoi dah. Last last Dani bunuh Adam dalam Adamaya




seronoknye. semue kene tipu. koi mane tengok Adamaya. sebab koi takde tv kat bilik ni. balik cuti nanti koi nak terai jugak tengok Adamaya. dengar cerita fenomena.


seperti biasa, minggu penyeksaan peperiksaan akhir semester belum habis. nasib baik tak ada hari penyampaian hadiah. kalau ada pun, koi malas pergi. koi nak balik. rumput rumput kat pokok koko dekat rumah tu dah panjang. pokok durian tak tabur baja lagi. ayam itik pun dah lama tak dapat kasih sayang koi. jadi baik koi balik. sian ke demeh tu.

seperti biasa, rutin harian koi ke perpustakaan masih berjalan seperti biasa. rasenye makcik perpustakaan tu dah target koi ni geng pelajar sedak. tak tahu yang koi ni masuk perpustakaan sebab nak sejuk air kon je. makwe makwe dalam tu pun tak cantik mane. kalau perpustakaan IPTA mesti ramai makwe cantik. tapi dengar cerite makwe IPTA tak boleh percaye sangat. heh heh heh.

hari ibu dah dekat. tapi jangan la tunggu hari ibu je baru nak hargai ibu aokme tu. koi dulu anak yang nakei. dari kecik sampai dewase ni macam macam dah kene. antaranya :



kaki masuk dalam rim basikal - tempoh kecederaan pulih : sebulan.

jatuh kerusi sampai pecah kepala - tempoh kecederaan pulih : seminggu.

kuku terbelah kene parang - tempoh kecederaan pulih : seminggu.

jari putus akibat mesin basuh - tempoh kecederaan pulih : 4 bulan.
tempoh dibahan : sehingga sekarang.

meriam karbaid meletup depan mata - tempoh kecederaan pulih : 4 hari.

jatuh sakit bronkitis - tempoh sakit : seminggu.

jatuh bersepah selepas meleper layan konar di lebuhraya Karak bersama Cool.
- tempoh kecederaan pulih : seminggu



dan banyak lagi. rasanya ini yang paling koi ingat sampai sekarang. dan ini disusun mengikut kronologi daripada umur 3 tahun sehingga sekarang.

dan ketika ini semua berlaku ibu koi, sentiasa ada menjaga koi mase tu. makwe makwe pun tak ade jage koi macam mak koi jage koi.


" i'm sorry ibu for being such a trouble "


tengok. rase menghargai sampai cakak bahasa omputeh tu.






uteh, koi, ibu, bapak.



8/5 - hari lahir bonda kesayangan
10/5 - hari lahir ayahanda kesayangan


selamat hari lahir ibu, bapak. terima kasih sebab besarkan orang sampai orang jadi lebih kurang orang jugak sekarang ni.



koi memang anak yang manja. sangat. semua adik beradik koi manja. siapa tak nak manja kalau dapat ibu ngan bapak macam Cikgu Laila dan Cikgu (B) Ariffin ni. nak kecam kecam la. berkepit sana sini dengan makwe tak malu. jalan dengan mak bapak malu. yang tu memang manusia yang cilaka.








Tuesday, May 4, 2010

dua dua dengan makwe orang.








sorang Sexxay , sorang lagi Cool.


membe koi ni. hemsem hemsem tau.
Cool tu baru bangun tidor tu muka die serius sikit.
Sexxay tu bakal arkitek sebab tu Sexxay!




jangan marah. hihi. koi suke benor tengok gambo ni. kalau tunjuk kat famili dekat konar rumah ustaz tu memang die suruh dah anak dare die tu mengorat demeh. tapi hati hati. anak dara tu suka melantun menggunakan ayat ni,

" Y'all ni, lame I tunggu Y'all tau! "

cilake. konon masuk U terus cakap mat saleh. Padahal duduk U kat Jitra sane nun.

koi yakin, membe koi ni lagi bagus dari Mat Sembur pilihan die tu. koi sanggup betah. masuk Kort pun tak ape!




Monday, May 3, 2010

peperiksaan akhir tahun



teringat mase koi sekoloh rendah dulu. bile time nak peperiksaan akhir tahun je, kene skor. mak koi cikgu. kalo tak nak kene beleber, kena dapat top 3. mase darjah 3, akibat kuat sangat koi main konda kondi kat tepi padang S.K Karak tu, koi terus down jatuh no 6. hadiah pun dapat satu je. hadiah Bahasa Inggeris. yang lain tak dapat top. puas koi kene beleber. tapi nak buat cemane. mase tu konda kondi memang urban. siap mak koi tolong carikan kayu pokok cenerai buat batang konda kondi. kayu kaler putih bile dah siat kulit die. macam stail la kan pergi sekoloh main konda kondi pakai kayu sendiri. ade jugak yang jenis main pakai batang ubi. tapi tak tahan. sekali pepoh patoh le.



mase tu pun, Digimon tak sampai lagi ke Karak. masuk darjah empat baru Digimon sampai. yang beli first sekali dalam kelas koi, Faris namenye. anak JPJ. die mewoh dulu. tapi stail baik baik. jenis tak kedekut. aritu ada jumpe die balik kat Facebook. kemain dah hensem dah. dulu tembam tembam gebu gitu. teringat pulak mase raye darjah empat koi pergi habis kan duit raye beli Digimon Pendulum dekat The Store Mentakab. seminggu koi sorok tak nak bagi mak koi tahu. akhirnye konfem kantoi juge. kepale otak pun bebal lagi time tu. tak ade gaye macam John Dillinger sangat.


masuk sekoloh menengah, susoh pulak nak skor. walaupun tak main konda kondi dah. mase tu lagi urban. main kejar kejar dengan warden. seme taik rokok time tu. gaye mase tu kalo tak dapat rokok, terketar ketar jadinye. mungkin sebab baru nak up. hisap rokok nampak macho. bile kantoi rokok, lagi rase macho. sebab tu koi saje bagi kantoi rokok sampai tige kali. sampai nyaris kene buang sekoloh. nasib baik pengetua baik bagi sain surat akujanji.


mase koi kat matriks dulu, maleh koi nak cite sebab koi maleh. heh heh heh. dan sekarang ni, tengah musim peperiksaan kat MFI ni. tempat faveret koi sekarang, ialah library MFI. bukan pergi memburu. pergi stadi la. cuci mate pun tidak. koi stadi bersungguh sungguh gitu. (betul ni yang. orang tak ade pun cuci mate tau.) heh heh heh. tapi bile tepu pergi jugak online Facebook sepam due.

kalau nak kejar impian, kene bersungguh sungguh ye. Macam Naoki dalam Buzzer Beat tu. cewah kemain pulak nasihat orang.


koi abeh exam hujung minggu ni. lepas exam terus nak pergi parti buih. heh heh heh. tak sabar jugak hujung minggu ni. nak pergi The Guitar Store dengan brader Selamat Pagi Gadis.


sejak bahagia 3-4 minggu ni pulak, perut makin buncit. "damn, i feel sexxay!"

Tuesday, April 27, 2010

kali ini abstrak sedikit





tajuk di atas adalah dirujuk. sempena dengan musim peperiksaan ini, entry ditulis secara abstrak sebagai tanda protes kepada kementerian pengajian tinggi kerana tidak memansuhkan sistem peperiksaan.


hari ini aku bangun dua kali.


sekali aku bangun.

kepala berdesing sedikit. jam kaki panjang dekat no 4. kaki pendek dekat no 9. yang mana jam yang tiada kaki tu, memang tak ade life. tak boleh diajak main futsal mahupun sparring paranawe. deringan telefon di awal pagi yang membuatkan aku terbangkit dari mimpi. memang panas hati mendengar ringtone Pesona Padeli di pagi hari. tetapi bila diangkat, di hujung talian berbunyi suara kecil serak serak seperti Brooke dalam cerita One Tree Hill, hati sejuk sikit.terus tersedar. terus kembali ke dunia yang nyata.

letak kaki ke lantai. muka meleweh duduk diatas katil. termenung seminit dua sambil terfikir masalah dunia yang bergelora sekarang. suntik nikotin sedas dua. bagi penyegar sedikit. menyesal kerana kembali kepada nikotin. jangan risau nanti aku buang kau kembali. ibu, jangan baca entry anak ibu yang ini tau. bangun pagi, gosok gigi, cuci muka, pakai baju, bukak pintu, start kereta, menuju ke kedai nasi lemak berdekatan. jimat ayat sudah tidak perlu memutarkan banyak perenggan untuk menceritakan perkara remeh.

sampai kedai nasi lemak, tarik tarik muka sedikit bagi muka renggang agar tidak terlalu ketat. nanti nampak tidak sopan. nanti nampak dek Abang Tiga Line Kawasan sebab muka ketat karang kena roll-call pula. agak susah untuk melonggarkan muka sebab it's in the blood. namun begitu muka sahaja ketat. tetapi kalau aku buka mulut karang stop, drop, and roll y'all tergelak karang. i'm a very funny man. ceh cam sial.

sampai sahaja kaki kanan aku dekat depan meja yang tengah susun nasi lemak dua tiga bungkus, makcik tersebut bertanya,

" ye yang, nak apa ? "

aku tersenyum. bukan main lagi dia main sayang sayang. pandai berniaga betei. Cina, India, Melayu, Serani, Banjar, Boyan, PATI, Jew, Inggeris dan Kaukasian pun agaknya dia sayang juga. mujur makwe aku tiada. nanti die jeles dia tarik muka lepas tu silang tangan duduk diam diam tak nak cakap dengan aku. olololo comelnye. dan lagi satu, tabah laki makcik ni. bukan jenis kaki cemburu. bini dok sayang sayang orang lain dia tak ada hal punyalah. bagus benar.

makcik bertanya aku kena la menjawab.

" nak nasi lemak satu. dan bungkus teh ais satu ye makcik "

nyaris nak sebut sayang. kalau sebut kang tak tido malam makcik tu.

lepas beli jalan dalam sepuluh langkah sampai depan pintu kereta bukak pintu start kereta tekan minyak dan terus jalan. ( cuba baca senafas ).
tak lupa masa aku nak mula bergerak tadi, ada seorang budak sekolah naik moto Lagenda bukan main lagi dia memandang aku. sambil rokok di tangan dia paling kat aku, sedut dalam dalam sepam lepas tu lepas keluar dari hidung dan mulut. memang kurang manis muka dia. kurang ajar budak sekarang. ini mesti sebab kuat main facebook sampai masing masing jadi kurang ajar.

aku bukak tingkap, aku pekik kearah budak itu.

" Hoi! "

belum sempat apa apa, terbabas budak tu. jatuh ke tanah. kemudian dari arah yang bertentangan datang sebiji lori hantu melenyek dia. tak abis dari tu, tiba tiba jatuh sebiji bom dari langit pada budak itu. kemudian dia digilis pula oleh bullet train dari Jepun tu. aku terkesima tetapi relax sahaja. anything possible sekarang ini. takziah kepada keluarga budak sekolah tu. lu pun arwah budak, kantoi lu ponteng sekolah.


aku balik, bukak nota, bentang suratkhabar dan duduk bersila. aku bukak bungkusan nasi dan start makan sambil study. multitasking aku dengar orang kata. multitasking ini kalau dilatih, dewasa nanti boleh menjadi seorang poligamis terbaik. tetapi aku tak nak jadi poligamis. teringat pulak zaman Cool bila dia tiba tiba buang tebiat nak main Origami. itulah bezanya Cool dengan sekalian manusia di dunia ini. dia cool.

hasilnya stadi sambil makan nasi lemak, tidak bagus. tadi masuk exam aku tak sempat jawab habis. masa tidak cukup. aku tabah orangnya jadi tak berapa kecewa sangat. aku juga ada hipotesis kedua. air cond dalam exam hall tu sejuk gila. jadi hipotesis aku ialah,

" Suhu yang sejuk di dalam exam hall telah menyebabkan masa dua jam mengecut menjadi pendek kepada satu jam setengah " .

harap harap ada orang dari majlis nobel baca. mana tahu hipotesis aku diterima dan aku boleh dapat hadiah nobel.


kali kedua aku bangun.

aku terus tulis entry ini.




abstrak celah mana pun saya pun tidak tahu. lek ah daus je pon. doakan semoga saya berjaya di dalam peperiksaan akhir semester ini.



Thursday, April 22, 2010

ini serius ni. serius ni



semase on the way pulang daripada mengeteh sambil layan wantan dikala maghrib tadi, tibe tibe koi bukok satu topik perbualan bersama Cool.

" mujur jugek ape yang koi alami baru baru ini, koi alami mase umur 21 ye dak Cool? ce kale koi kene mase umor 25-26. mase tu koi mesti dah pikir nak nikoh dah. paham paham la koi ni Cool. lelaki penuh komitmen orang kabo. "


"ngape pulok aok cakak macam tu?"

Cool bertanye. macam blur blur. takpun saje maleh nak melayan koi punye topik cerite sedak ni.



" tak adela. okay jugak ye dak koi tempuhi mende ni mase umor koi sekarang. sekarang ni komitmen koi belajor aje. tak ade komitmen tetap lagi. tapi pikir pikir balik sekarang, umor canggini la kite kene start memburu Cool. kite memburu elok elok, pastu jage betei betei 4-5 tahun. kalo ngam, cantek je gayenye, cukup duit, cukup kelayakan, masuk nikoh terus. sedangkan Sap pun kabo dekat koi nak die nak tamatkan zaman bujang die. die kabo nak ngorat budak Klau. anak member mok die. koi sapot jela. Sap tu baguih orangnye. Paten lepas bangun tido, terus lipat selimut. tak ade nye jenis nak bior selimut tu dok berlingkor ateh katil. tegok je stail hu ha. tapi bertanggungjawab tu."

kate koi sambil mengambil selekoh "Kapal Terbang" yang agak tajam dekat dengan kilang kertas baru bukak dekat Hiway Bentong - Karak tu. gaye koi memandu ketika tu ala Tohai. pegang stering sebelah tangan kiri, tangan kanan tongkat dagu sandar kat pintu. bergaye. heh heh heh.



" memangla. kalo nak pikir tang umor sekarang le kite kene memburu ye dak. tapi koi ntahle. macam tak ade mood sangat nak memburu ni. "

balas Cool. Cool dah setahun lebih single. koi dah tengok die berape kali menolak gadis gadis mahupun amoi amoi punye lamaran. mungkin die selese single begini. takpun die main sorok sorok ngan koi.



" berbalik kepade cerite dugaan tadi Cool. kire baguih jugak le koi dah merase ape yang koi rase baru baru ni. sakek memang sakek. pedih memang pedih. koi pikir jugak. tapi baguih die banyak. kurang kurang koi boleh nampok ape yang dunie ni janjikan dekat kite ye dak? dugaan dugaan die. cemane rupe manusia sekarang. manusie sekarang unpredictable. muka baik, tapi belakang sape tahu? muka cam penyangak perampuk pun, ade gak yang semayang lime waktu Cool."

kate koi dalam nada serius.


Cool diam seketika. memikir. kemudian die menyambung.

" abis, ape yang baguihnye dengan aok kene dugaan tu time sekarang? "


" tak dela. ce kalo koi kene time umor 26. mikir nak nikoh time tu. macamane? tak peras (frust) menonggeng? silap silap bukan peras menonggeng. peras memacak ye dak? jenis peras yang kepale dalam tanah, kaki terpacak straight ke ateh. ha. jangan main gile. "

kate koi dalam nada sarkastik seperti badut sarkas.



" haih sakek aok ni. lepas tu? ape lak orang kampung kate nanti? "

tanye Cool melayan koi punye sembang.



" haa. konfem seme orang kampung tu bertanye mak koi. "ngapenye apiq tu Kak La? sampe terpacak dah tu ha? kepale dok dalam tanah. kaki dok ke ateh. terok benor gayenye."

mak koi pulak, steady je jawab.

" ntahle budak ni. die peras bercinte ni. sedih tengok die. dah berape bulan dah macamni. makan pun salur ikut tiub sambung dengan mulut die kat dalam tanah tu. kalo akak bagi nasi tu, akak campur la dengan ayam goreng, sup sikit pastu sayur sikit sikit. kemudian blender la. pastu salur dalam tiub tu. lapor jugak gaye die tu walaupun peras. setiap kali buh nasik kat tiub tu, abeh sokmo. air pulak kene topup selalu. paneh gamaknye. mandi pulak air hujan je. sedih akak tengok. tapi nak buat cemane. tu la. dunie. penuh dugaannye. macam macam orang ade. dah nasib die, kenal dengan orang yang tak bergune."

"hahaha. bukan tahap menonggeng dah Cool. ini bukan main main. ini lagi serius dari Padeli Penggoda. "

kate koi. semangat bercerite sampei ada dialog dalam dialog ye dak? heh heh heh


" ceh. taik aok ni. haha. maleh betei koi nak layan. "

kate Cool jual mahei. padahal die terhibur tu dengar cerite koi. hahaha



" tapi Cool, setiap hero mesti ade comeback. macam Tom Hansen dalam 500 Days Of Summer tu, 6 bulan jugak die peras. koi pulak dalam 3-4 bulan gitula. sampai mase, koi kene keluar dari tanah tu jugak. mase koi keluar dari tanah tu, muke koi penuh bertanah. dah jadi macam mask. koi masuk dalam rumah je mak koi terkejut. koi terus naik ateh, capai tuala, mandi wangi wangi. turun bawah seme orang terkejut. tu dia muka koi dah jadi macam Orlando Bloom. keh keh keh. "

koi ketawe terbahak bahak. Cool paneh. heheh.



" koi dah agak dah aok tu. "

kate Cool. tabah dan cool.



*****




kadang kadang kite tak perlu memburu. yang baik, sentiasa ada di depan mate kite. Alhamdulillah. ape ape pun, kite sebagai manusia, kene hargai satu sama lain. jangan fikir kan diri sendiri. sebab nanti tak akan ada orang nak fikir pasal diri aok kale aok dok fikir diri sendiri.


susah senang dunie ni, banyak dah koi tempuhi. seme ni dugaan. seme ni cabaran.


yang penting seminggu due ni koi bahgie. keh keh keh. bunge bunge pulok.

Sunday, April 18, 2010

roti siput, beg kuning dan marlboro soft pack 20.

kalo nak ajak koi bersembang pasal hal sekoloh lame, memang banyak le boleh nak diesembangkan. memang menarik zaman zaman sekolah ni. zaman dibuli, zaman membuli, zaman pembulian dan zaman buli balik. semuanya bergerak mengikut fasa. kemain ayat ye dak.

kalau mase sekoloh dulu, perut tak pernah nak kenyang. dalam kepale otak koi pikir makanan je. gemuknye tidak jugak. tak cukup bekalan makanan sendiri, sapu membe punye. tak cukup membe punye, sapu budak junior punye. tak cukup budak junior punye, suruh budak junior pergi carikan. memang hantu la perangai koi dulu. tapi sebelum boleh jadi camtu, konfem la kite kene lalu dulu. tapi syok. sekolah berasrama banyak membantu koi untuk jadi manusia yang lebih baik.

mase sekoloh, mende paling faveret ialah roti siput. kemain sedak die. kalo dapat tu menyengih gak la makan. bentuk dia takdela lawo mane. buruk je ala ala siput. dalam ade kerim. roti siput ni wujud kat sekolah menengah seri bentong je. koi tak pernah lagi jumpe die kat mane mane. dulu stail zaman bebudok menggatai, ayat makwe makwe pun boleh pakai roti siput. beli roti siput sebijik, lepas tu pergi ke kelas makwe sasaran, letak bawah meje die. kalo nak sweet, letak la nota nota kecik sekali. koi lebih suke jadi anonymous. kadang kadang saje buat cmtu. bajetkan budak pompuan. ade jugakla budak perempuan kelas koi dah terkena. kemain menyengih die dapat roti siput. die tak tahu tu roti siput koi rembat je dekat kantin mase tu. heh heh heh

time makan, semua budak memang laju. kalo budak laki ni tak payah nak cakap. kirenye antara makwe cun dengan makanan, kalo zaman sekoloh dulu memang budak laki pilih makanan la. lagi sedak. lagipun makwe makwe zaman sekoloh dulu biase biase je. tak de la cun mane. hahah. marah pulok demeh. tapi sekarang ni mungkin demeh semua tu dah cun. koi tengok kat fesbuk bukan main bergaye lagi demeh tu bergambo. muncung mulut sane la muncung mulut sini la. aok jangan marah. tapi kadang kadang nampak tak semenggah jugak gambo camtu hahah.

sambung balik time makan. haa. time makan budak laki ni memang kebulur. nasik nak lebih. kuah nak banjir. ikan nak sekolam. ayam nak sereban. tapi malang masakan Dewan Selera (DS) memang tak sedak mane. tapi itu je pilihan yang ade. sebat je la. taim hujung minggu, selalu jugak mak bapak datang. mak bapak yang datang dekat blok putera tu, memang tak yah risau la gane nak panggil anak die. sebab ramai sangat dah geng putera pemangse  menunggu kat koridor. nampak je mak bapak orang lain, cepat je demeh buat announcement. kalah sistem P.A surau. mak bapak koi selalu gak datang. rumah koi sebelah rumah sekolah je. otai kampung la time sekolah dulu hahah. mak koi ni effisien sikit. tiap kali die datang bawak makanan. die mesti asingkan dua bekas. satu bekas kecik. satu lagi bekas beso. untuk kawan - kawan bekas beso. untuk koi bekas kecik. koi boleh makan sorang sorang dengan aman. yang lain tu berebut rebut makan. hahah. tapi sebenarnye berebut rebut tu lagi sedak. sebab tu pisang yang letak kat masjid Karak Setia tu, tak sampai seminit dah licin kat masjid tu. seme kebulur macam piranha. termasuk la koi. lepas makan pisang, pergi kat kedai belakang masjid, hisap rokok dunhill batang sambil makan aiskrim potong. heaven rasenye macam tu.


pasal beg kuning, nanti koi cerite. itu cerite tentang makwe makwe. heheh.
pasal marlboro soft pack 20, itu rokok koi kene rampas mase kene spotcheck dengan ustaz yang kurang digemari ramai tu. lapor ni. makan ayam penyek ade kick jugak ye dak tengah tengahari ni?

Thursday, April 15, 2010

K.K.S.M


"ah pergi mampus la lu perempuan! apa masalah lu nak kacau gua lagi? lu ada jantan lain. pergi lah layan jantan lain tu. sial. dasar perempuan tak bermaruah. muka cantik innocent habis tapi semua wayang! @#$!^!&*!!"


kasar bunyiknya. sampai kene
censored kalo bahse omputihnye. tapi itu bukan ayat koi. itu ayat yang baru koi dengor tadi mase nak bukok pintu masuk bilik tadi. debor gak. gayenye macam gaduh cakak telepon. takut juga tiba tiba ada telepon bimbit melayang melekat kat kepale ni. tak syok jugak petang petang macamni kene melayan sakek kepale benjol. Entahla brader Master UKM. sian ke aok. tu le. kite tak pernah ade mase nak layan borok sambil ngeteh. kan aok dah kene jerat percintaan. tak sempat koi nak selamatkan aok. jerat tipikal perempuan sekarang. cari lelaki atas dasar kehendak. bukan keperluan. sian demeh. jangan tension. kang tak abeh research kat UKM tu makin lame la aok duk sini. sewa mahei kot.

ok dah la cerite brader tu. koi baru balik melayan pecer lele. ye. koi memang jenis kuat berlagak sikit bab bab makan ni. seronok berlagak kat orang bile kite makan mende sedak. kalo aokme tak suke nanti kite set tempat, kite gaduh. bukak la buah pencak masing masing. kalo bukak buah durian pun layan jugak kalau makan sambil bersimpuh. ok sekarang semua dah mengarut.

simptom mengarut ini mungkin disebabkan peperiksaan akhir penggal koi yang hanya berada di sekitar kona tu. takpun mungkin kerana kekurangan beauty sleep sejak kebelakangan ni. banyak sangat keje sekoloh. penat koi membuat nye. hidup sekarang ni pun dah tak berapa sihat. asyik mengamalkan gaya hidup N.B.D.A.L ( Nota Bersepah Diatas Lantai ), T.I.D ( Tidur Ikut Dan ) dan yang paling penting K.K.S.M ( Kelam Kabut Setiap Masa ). gaya hidup ni tak berapa sihat. tak percaya demeh higlight sotpom tu seme, right click, search google. tengok mende kluor. koi tak tahu gak ape yang kluor. tak pernah terai lagi.

lepas exam ni, banyak gak planning. plan yang paling bes, koi ingat nak amik cuti dua bulan. lupe, memang cuti pun. sakek aok ni.


psp - pasport dah siap, gambar dah tangkap. harap harap murah rezeki tak ade masalah dah lepas ni. Amin. semoga koi boleh muhasabah diri, jadi insan yang baik.

koi dah tak boleh nak main main cinta sangat. sebab mende ni bukan mende mende main ye dak? tapi yang pasti, yang terbaik tu sentiasa ada mase susah ataupun senang. bukan berjiwang mat, menghargai. cepat ngat kondem demeh ni. terimakasih, Ya.


tadi koi saloh post kat blog satu lagi. gampang betei. tengokle ateh belah kiri tu. ni semua kerana K.K.S.M!


Saturday, April 10, 2010

emosi, di hari ni




koi emosi hari ni. jadi entri ni tak boleh gune bahse Kaghok (Karak). koi kene gune bahse ganas ganas, bahse brader brader, bahse langsi, bahse rokes tegar. ok mula.

gua memang emosi habis hari ni. sebab semalam gua tido pukul 5 buat esaiman. ya, gua tak sedar dah nak bangun subuh. kecam la. memang gua salah tak solat pagi tadi.

gua emosi habis. gua dapat tido 2 jam je pagi tadi. tido dua jam paling tak puas sebab gua mimpi perempuan gila. emosi habis gua. rasa macam nak melompat ke langit sambil kangkang kaki. lagi cantik kalau ada orang snap gamba gua ketika buat gaya tu. boleh buat profile picture Facebook baru. konfem ramai budak INDIS (Indie Habis) add gua.

gua emosi habis. sebab gua terlambat pergi semayang jumaat. kena semayang saf dekat dengan kanak kanak. gua dah sunat dahla beb. dahla selipar gua lepas tu kena sepak entah kemana tah lepas tu. tak ada manners langsung.

habis emosi gua. bila tengah nak print assignment, ink printer gua yang original dan mahal tu, dah habis. taik betul.

lagi emosi gua. bila pergi print kat kedai, cina tu selamba badak terus print tak bagi gua check ngan edit dulu. tau tau 4 page berkaler dia print bodoh bodoh je. gua pun kena la bodoh bodoh bayar 4 ringgit. tu cukup untuk makan tengahari 4 keluarga tu. 4 keluarga ayam kampung la.

memang bertambah emosi, bila tengah tengah emosi, it's raining cat and dog. "macamana gua nak anta assignment?" kata gua penuh emosi dalam keadaan beremosi ditemani sayup sayup bunyi hujan menimpa zink.

yang paling emosi, perut gua dah 4 round buat konsert jelajah benua. jam pula dah nyaris pukul 4 petang. gua dah jadi tak bertanggungjawab pada perut six pack gua.

emosi yang paling seronok, bila pukul 8 malam kang, gua ada test dan gua tak stadi lagi. dan time tu dah pukul 4.15 petang.

emosi terbaik ialah selepas memecut moto kapcai gua di dalam hujan, gua berlari lari anak menaiki tangga 3 tingkat menuju ke arah bilik lecturer gua dan tiba tiba, tali beg galas gua putus. silap. bukan beg gua. beg DP. macamana ni DP? xpe nanti koi ganti la beg aok.

emosi gua bertambah baik, bila gua dapat mengadap makanan tengahari nyaris sesedap makanan di rumah di kedai makcik melayu di depan MFI tu.

tengah gua makan, tiba tiba gua dikejutkan dengan satu suara.

"bang, saya nak makan sekali ngan abang boleh tak? saya segan nak makan sorang sorang ni." kata seorang gadis yang cengginih rupanya. 4.5 bintang kalau rating DP. rating Cool tak pasti la. dia high taste. nak yang Korea je.

gua tergamam. gua cuba bertenang dengan slow slow mengunyah nasi di dalam mulut gua. gua kunyah 44 kali. ikut sunnah Nabi. habis kunyah gua telan. dan seraya gua berkata,

"oh, silalah. saya pun seronok jugak makan berteman."

saat tu gua macam tak percaya. pergh. awek cun tegur gua. tiba tiba terus makan dengan gua. esok lusa ntah apa jadi? ntah ntah minggu depan gua tengah dok bersanding dekat kampung dia dekat Hulu Selangor sana tu. ntah ntah bulan depan gua dah tersenyum dapat berita gua nak jadi bapak. ntah ntah 9 tahun kemudian gua dengan dia dah bahagia dan masih steady berdating walaupun dah kawin dekat mall bajet macam muda muda dulu. ntah ntah lu semua dah kena kencing dengan gua. padan muka lu semua. hahah.

sekarang emosi gua dah stabil. memang koi emosi tadi. tapi emosi emosi tadi koi kene gak maintain hero hero dalam blog koi ni. heh heh heh.

Monday, April 5, 2010

Diari seorang hero




beberapa hari ni koi agak busy. koi baru je turun dari tanah tinggi Cameron. saje je jalan jalan sane. nak menyejukkan sikit tulang belakang yang paneh sejak kebelakangan ni. ha toksah la nak mintak mintak stroberi ke ape ye. tak ade keje koi nak beli ke aok.

jejak je ke tanah rendah dari tanah tinggi, bapak koi terus pecut ke Pahang. sampai je ke Pahang, tak sampai due jam, koi bertolak balik ke Bangi yang ala ala suburb ni bak kate orang putih. keje menimbun. exam lagi dua minggu lebih. test bersepah sepah sampai terpijak pijak. hectic jugak la sekarang kalau description bombastic dia.

semalam pulun punya pulun buat projek mikroprocessor sambil melayan videoklip Girls Generation, sampai ke subuh jugak la baru dapat tido. penat kepale otak koi memikir nak buat projek tu. susah sangat. cuba suruh koi lukis orang lidi main bolo je ke. kan senang.

lepas tu lagi, dalam dua jam tido, dah melompat bangun balik. kene pergi kelas present projek kat lecturer yang kadang kadang baik kadang kadang maleh sikit tu. tak baik kutuk lecturer ye dak? henti henti la teman teman weh. ha. bangun je tido, koi bukok mate, selak selimut, amik tuala, cabut pakaian dan terus meluru ke arah bilik mandi. kesejukan dan keheningan pagi menusuk dada. macam ayat karangan SPM dah pulak. heh heh heh. pergi depan cermin, dah. dah agak dah. tu dia mata dah macam beruang panda. "ah, tak hensem dah koi hari ni". kata koi, dalam nada monolog dalaman. tiada sesiapa membalas. dah nama monolog.


lepas tu stended la pergi kelas kul 9, belajo sikit borok sikit melepok sikit, kul 1 dah habes kelas. balik dah plan nak tido. sampai bilik, taruk kepale, tak boleh tido pulak. layan GG sekali, terus ceroh mate. gampang betei. mesti ade kafein takpun ajinomoto dalam lagu die. addictive semacam. ye dak Cool? heheh. layan movie kejap. dapat pulak layan cerite Yes Man. mengancam jugak. dah tak dapat tido.

perut lapo, koi pun pekena ayam penyek kat mapley. sedak weh. aok nak cube meh datang bangi.

sekarang ni koi rase berbelah bagi. nak tido ke tak ni? dah maghrib dah pun. nampak benor true melayu die. kuat sipat bertangguh. tapi hero maintain lagi beb.

Wednesday, March 31, 2010

dahagakan kasih sayang?








wah. pandai la aokme ni. nah amik sorang satu
♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥

tampor kang. bosan betei.






*cuba highlights.*

Tuesday, March 30, 2010

bosan betei

sebenarnye koi ni tak adela bosan sangat. kalo koi bosan sangat konfem dah koi baring sambil silang tangan letak bawah kepale, pastu kaki silang ke udara sambil gigit batang kemuncup ye dak? koi tak berape bosan. sebab tu koi berblogging. sarah mohammad tu sape? haa. tak tido aokme memikir ye dak? yang tu dinamakan saspens. Cuak kalo bahase standed die. baru la tak terlalu stereotype. heheh

sekarang ni dah nak masuk time time klimaks sem ni. kerje menimbun, test melambak, malas menggunung, lapar memuncak, duit memupus. memacam lagi la. kang koi cite banyak banyak aokme kabo koi ni kemain emosi pulok. tak sedak la camtu. dalam papedom pun Harun Salim Bachik tak bagi sangat kite nak emosi dengan tanah. jadi sabola aokme ye.

due minggu ni akak koi ada balik dari tanah Bollywood. tapi die tak adela pulak bawak awek bollywood sorang due. kecewa gak koi. keh keh keh. aok cuti due minggu je Uteh. gune la due minggu tu betei betei ye. Ude pulok jangan dok buli Uteh tu sangat. aok nak buli die tunggu koi balik nanti.

mengantuk pulak ni. malam tadi koi mimpi katok besor kepale leper. memang tak hensem. die nak melompat ateh katil koi. menjerit jugak la koi ketakutan. dan terus tersedor. ni bangun pagi dah mengantuk. haih. jahat aok ye katok. koi jumpe aok memang koi tangkap bagi kaki pancing kampung koi buat umpan memancing haruan kat lombong belakang rumah. koi jumpe aok kat uptown memang abeh la aok katok. sorri ter emosi pulok. ok. renung renung kan dan selamat beramal.


p/s : duit MARA tak reti reti nak masuk lagi. koi ingat nak belanje pengarah MARA ayam penyek supaye die rajin sikit masuk duit kat bebudak yang amik loan mara ni. kalo tak berjaye, koi nak arrange party buih untuk die. mana tahu lepas ni rajin pulak die masuk duit. silap silap selang seminggu die masuk RM 4K. keh keh keh

Saturday, March 27, 2010

jerawat dan tanda keremajaan






baru lepas balik dari melepak dengan Penulis Sahaja. boleh tahan gakla melepak 4 jam sambil untuk menghabiskan segelas teh tarik. makwe makwe kat situ pun boleh tahan. tapi semua makwe orang. koi tak pedulik sangat la. koi ni dah lame amat tak melepak mengeteh lame lame. rase macam zaman mude mude pulak time baru boleh kluor malam lepas SPM dulu. time tu, koi sanggup jalan kaki nak pergi kedei Bintang 12 kat hujung kampung dengan Kool, Sabel ngan Aris anak wahid. kaki standed melepak time tu. stok melepak dari pukul 9 malam sampai kedei tutup. air dari teh tarik sampai jadi sejuk berkeledak. minum segelas sorang je time tu. duit tak banyak. kadang kadang kating duit beli rokok suria sekotak buat penggalok berborok. sekarang line up kaki dah berubah. yang same Kool aje lagi. Sabel dah jarang ade. anak wahid pulak dah hilang punce. dah tak reti balik kampung. dengar cerite dah naik pangkat jadi penghulu bunian. bizi la tu.

sekarang ni berbeza. dah tue katekan. tak lame lagi cukup umur 21. kalo buat jahat takde dah kene juvana. kene masuk penjara dewasa terus. saje je bagitau. tak ade lagi niat nak masuk penjara. keh keh keh. tapi umur dah nak masuk 21, jerawat ni tak reti betei nak berhenti kluor. banyak pulak naik. gamoknye sebab assgnment dengan test yang banyak mendatang skarang ni kot. tak pela. baru nampak macam budok baru lepas SPM. ye dak?

Thursday, March 25, 2010

kete tu dah mahei, guna la semua kelengkapan yang ade.

kete Malaysia ni bagus. seme dah cukup sifat. signal ada kiri kanan dan dabel, cermin pandang sisi dan belakang pun ada, lampu dah cukup cerah, brek pun cengkam nak nak yang pakai caliper cover Brembo merah yang rege dia RM 10 tu. ni mende basic pada kete. dah ada ni, cukup sedak la org kabo.

yang tak sedak nye, bile ade yang jenis tak penah reti gune sifat sifat yang ade pade kete die. nak nak tang signal tu. gampang betei. ape susah nye nak gune signel nye weh? bak kate Mr. Smith dalam Shoot Em' Up,


Mr. Smith: I move my finger one inch to use my turn signal. Why are these assholes so lazy they can't move their finger one fucking measly inch to drive more safely? You wanna know why?
DQ: Not particularly.
Mr. Smith: Because these rich bastards have to be callous and inconsiderate in the first place to make all that money, so when they get on the road, they can't help themselves. They've gotta be callous and inconsiderate drivers too. It's in their nature.


dah due hari koi nyaris bersepah. semalam, sebijik Perdana, pandai pakai signal nak masuk simpang, tapi x reti nak brek dulu due tiga saat. pastu jenis tak pandai usha cermin sisi belah kiri dulu. nyaris dah koi nak langgar die dari belah kiri. nak pulak depan tu ade sebijik lagi kerete. koi x sedor sangat ape yang berlaku tapi tau tau koi dah selamat elak due due. Adrenaline rush bak kate Edward Cullen dalam cerite Twilight tu. "U can Google it". tapi Robert Pattison memang muke penyek. gampang betei.

hari ni pulak, sebijik lagi kereta, nak cross simpang tak reti bagi signal. koi tengah memecut dalam 80-90 km/j mase tu. tak berape nak pecut sangat. kalo EX5 full throttle lepas sangat nak potong koi. yang bangse pemandu ni pulak, dah la tak reti bagi signal, pastu main cross tak usha kiri kanan. sakek betei kalo seme drebar kereta jenis bangse macamni.

"nasib baik brek moto koi ni berfungsi dengan baik lagi." kata koi dalam hati, mase tu.

koi ni penunggang motosikal. kalau eksiden tu tipu la tak sakit ape ape. sedang kene gigit kerengga pun boleh tak tido malam. drebar kerete ni pulak, jenis pikir seme orang naik moto tu mat rempit. koi ni budok. tak ade kerete. kalo bawak kereta pun kereta mak bapak je. tak effisien bawak kete time belajo. sebab bangi ni selalu jamm. kang lambat gi kelas, bagi alasan jamm kat lecturer, die kabo koi menumbong pulok.

kalo koi terlanggar die ataupun vice versa, memang die tak peduli sangat koi punye sakek. die pedulik kete die yang kemek sikit tu gamaknye. tak semua. tapi tipikal. nak nak brader brader yang naik wira spoiler 15 kaki tu. itu jam kalo die dok sibuk pasal kereta die, sedak sangat la koi ceduk sikit belah kiri perut die tu bagi die rase ape yang koi rase.

"Marah betul gua." sampai gune bahase langsi tu. paham paham la paneh tak paneh nye di dade ni.

Tuesday, March 23, 2010

pulau




ada sekali tu. koi dengan kaki kaki bese melepak kat kedai awek ikan keli kat bentong. saje je melepak. memang itu perkara yg koi dengan kaki kaki ni power sangat. dan standard la. time melepak ni kene banyak pum pam. kalau x memang bosan laa melepak. awek ikan keli pulak mase tu memalu nak join melepak sekali. kalau dulu tu memang koi dengan Cool berebut la nak awek ikan keli tu. koi siap cakap besor ng Cool, "aok tunggula raye nanti. aok datang je beraye rumah koi, memang aok terkejet tgk awek ikan keli tu tengah berborok ngan mak koi. die siap pakai baju kebaye lagi. aok jangan jeles la ye." memang pum pam abeh la.

tapi nye bile time raye, demeh nak datang tu betul dah, tapi koi la pulak yang cuok nak bagi demeh datang. ape koi nak jawab kat mak koi bil ade due beradik anak dara datang umah koi. haaa. karang berpeluh abeh basah baju raya koi yang koi x tukar semenjak due tahun lepas ni nak menjawab. koi cakap kat demeh tu "koi sakit perut ni. sakit amat. aok stenbai je la kat rumah. nanti koi datang. petang petang sikit." sian awek ikan keli. pagi pagi raye dah kene tumbong ng koi. kih kih kih. tapi tu la yg sedak sgt Cool nak bahan koi balik. "kemain aok aritu pum pam kate awek ikan keli baju kebaye la apela. die nak datang tau debor. taik betei aok ni".


eleh. aok jeles la tu Cool. kih kih kih. petang tu aok jugok yang ngajok gi umah awek ikan keli ateh bukit tu ye dak?

ha sambung balik. mase tu koi tgh sedak menumbong pum pam. tengah borok borok koi cucuh Winston Light sebatang. memang ngam la sambil pekena teh tarik air tangan makwe. tak sedak pun jadi sedak. "dasar jantan!" huh. maroh koi dalam hati.

"Cool, aok tak nok ke satu hari nanti jadi kaye? kalau aok jadi kaye aok nak buat ape?" tanya koi.

"aih aok ni. mule la tu. nak start menumbong. orang yang belajor kat Bangi ni memang jadi macam ni ke? mesti sebab Bangi tu panas tu aok jadi sakek macam ni nih". ujar Cool bersahaja. name pun Cool. setiap bait ucapan nye memang Cool la.

"ceh aok ni. potong betei. koi nak cerite ni. koi kalo kaye, koi nak beli sebijik pulau. koi nak duduk situ. buat kampung. aok nak datang boleh la sekali sekale. koi x maroh. tak payah bayor bayor. aok belanje koi teh tarik segelas cukup dah. koi bukan mende, koi tak nok anak anak koi dok kat bandor. nanti senang terpengaruh dengan dunia luor. haa. lepastu, koi nanti nak kawin empat. nak jadi bini koi, bukan senang. koi mesti pilih betei betei. bini first, mesti first love koi. kene sayang lebih. agak agak dah cukup time, koi nak mintok izin bini koi, koi nak pergi tanah besor nak masuk kampung. masuk agak agak due tige minggu, carik gadis kampung. buat bini seterusnye. ha. smpai cukup empat koi nak buat macam tu. pastu nanti koi bahagikan la pulau tu same rate. bagi demeh gembire. koi kene adil. baru cukup syarat nikoh empat. lepas tu, koi nak baik dengan semua orang. ahli poltik ke, musician ke, rokes ke, sape sape la. koi maleh nak ada enemy. tapi mat safel, mat rempit dengan mat indie tu memang koi kene jauhkan la. nanti rosok anak anak koi.
tiap tiap malam koi nak pergi mengeteh jauh jauh. naik heli. standard malam hujung minggu memang koi pergi mengeteh dengan Synster Gates la. tapi koi nak suruh die belanje. amacam? sedak tak planning koi?" kata koi sambil kering kering air liur.

mudah ringkas dan tepat Cool menjawab, " ah gampang betei aok ni. sudoh sudoh la tu ".

keh keh keh. koi gelok. kaki kaki lain pelik. demeh tak dengor koi punye tumbong. sebab semue sibuk usha makwe ikan keli tu. mencarik kempunan.

Friday, March 19, 2010

mana ada koi pedajei membe.




die ni single, kelakar abes, dan semestinye cool abes. name die cool. koi bukan nk pedajei die nih. betei ni. lupa, die memang power gulung gulung bass dan power main DoTa pakai Huskar.






baju dia berbunyi " If *** won't come to you : Advertise "


macamana? kalo aokme nak nombor telipon die aokme tinggalkan nombor telipon aokme kat chatbox tepi ni.