kalau ramai follow nanti kita pergi trip ke paris. tengok org kg sana.

Glossari

Panduan utk pembaca. Kebanyakan Entry dalam Bahse Pahang.


Koi itu Saya

Aok itu Awak



*Selamat Ditumbong*

Wednesday, May 12, 2010

aku sebuah robot



aku sebuah robot. aku dicipta oleh seorang genius. pencipta ku hanyalah seorang lelaki kampung yang tinggal di solok pendalaman sebuah kampung yang memang tidak urban habis. oleh kerana beliau gagal memasuki IPTA untuk melanjutkan pelajaran, beliau mengambil keputusan untuk mencipta aku sebagai tempat untuk melepaskan amarahnya terhadap Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional kerana menolak permohonan beliau untuk memohon skim pinjaman PTPTPU kerana lampiran surat beranaknya tidak disahkan oleh tok empat. aku panggil beliau sebagai abg So'od.

berbekalkan duit jualan pisang sematu dan pisang nangka yang sekangkang kera di belakang rumah beliau, puluhan ribuan ringgit telah dihabiskan abg So'od untuk menghasilkan diriku. berpuluh bulan juga punya penyelidikan dan pemajuan dijalankan sebelum aku berjaya dicipta. tanggal 31 haribulan Februari tahun 2009, aku berjaya dihasilkan. oleh kerana aku dicipta mirip mat saleh, aku diberi nama Abdul Jamil Cullen yang bermaksud Hamba Yang Cantik. Cullen tu aku yang request bagi menyelitkan unsur urban dalam diriku.

walaupun aku adalah robot yang dicipta lengkap dengan Kebijaksanaan Tiruan, aku adalah sebuah robot yang sangat mematuhi perintah abg So'od. aku juga masih berpegang kepada Tiga Undang Undang Robot yang dicipta oleh Isaac Asimov. selain itu, Rukunegara juga menjadi pegangan ku. setiap dinihari, aku akan mengejut abg So'od bangun subuh. kata kata nya masih lekat didalam Memori Baca Sahaja (ROM) aku.

" memang kau robot Jamil. memang aku yang mencipta kau. tetapi aku dicipta oleh Tuhan Yang Maha Esa, Allah SWT. oleh itu, kau harus sentiasa ingat, tanpa Allah, kau juga tidak akan tercipta. Allah itu Maha Besar. Allahuakbar. "

Allahuakbar. Kalimah itu sering menjadi ungkapan ku. walaupun aku robot, aku mempunyai kepercayaan yang kuat kepada Yang Esa. kebiasaannya, selepas mengejut abd So'od bangun dari Subuh, aku akan membantu mak Senah menyediakan nasi lemak sambal ikan masin untuk keluarganya. mak Senah hanya ada abg So'od sebagai ahli keluarganya yang terakhir. anaknya yang lain dan lakinya semua telah tiada kerana menghidap Spanish Influenza. kadang kadang pada waktu malam, aku terasa hiba sewaktu memandang bulan memikirkan nasib mak Senah. mujur ada aku, hidup mak Senah makin urban dan ceria. sekali sekala aku teman kan juga mak Senah ke Cosway untuk membeli Tupperware rekaan terbaru hasil daripada duit KUTUnya yang dilaburkan RM 2000 sebulan.

sebagai sebuah robot yang urban, hobi aku adalah melayari internet untuk mengetahui gosip terkini artis Malaysia. bagiku artis Malaysia ni boleh tahan berbakat bergambar secara candid di dalam kelab malam. selain itu, aku juga gemar melayari laman jaringan sosial terkenal, Facebook. ini semua gara gara makcik Senah yang menghasut aku mendaftar Facebook agar dia boleh menambah aku sebagai jirannya di permainan Farmville. aku layan kan sahaja. tidak baik melawan orang tua.

oleh kerana aku mempunyai paras rupa yang menarik, ramai juga makwe makwe telah menambah aku di Facebook. tidak kiralah makwe desa, makwe IPTA, makwe IPTS, makwe kampung, makwe urban, cikaro, makwe rempit, makwe kelabing, makwe orang, ada sahaja permohonan kawan untuk aku setiap hari. ada juga yang menambah aku semata semata mahu ajak aku pergi kelabing di Jalan P.Ramlee. bagiku kelabing tidak urban. mengeteh lagi urban selain dapat menambahkan kemahiran menumbong. kebiasaannya aku abaikan sahaja permohonan kawan daripada makwe itu. kerana boleh la aku berlagak pada abg So'od kemudiannya. abg So'od susah untuk mendapat permohonan kawan kerana dia meletakkan gambar lesung batu sebagai gambar profail utama beliau. tapi aku selalu juga perasan sejak kebelakangan ni abg So'od selalu juga menambah pelajar sekolah menengah sebagai rakan baru Facebook beliau. mungkin dia dalam mood memburu. aku selalu juga berpesan kepada beliau,

" abg, bahaya. 20 sebatan nanti. "

dengan muka selamba beliau membalas.

" aku nak jaga depa ni dari kecik. besaq nanti tak dak la depa jadi lain macam. tak dak la depa pergi kelabing ka apa ka. aku malaih nak ngorat awek sekarang ni. nak nak yang dok belajaq kat IPTA tu. bahaya. depa tu racun dunia. "

apabila abg So'od berkata begitu, aku akan diam. sebagai mematuhi Hukum Robot Kedua ku. tapi aku yakin, mungkin abg So'od pernah kena game dengan makwe IPTA. kesian dia.

sebagai seorang robot, aku mempunya kuasa super yang tiada batasan. aku lebih kuat daripada mana mana Rangers Kuasa, Penunggang Bertopeng, LelakiUltra, Doraemon, LelakiKelawar, LelakiSuper, LelakiLabahLabah dan juga Edward Cullen yang muka penyek itu. jadi menurut Hukum Robot ku yang pertama, sudah menjadi tugasku untuk menjaga keselamatan dunia sejagat ini.

baru baru ini, aku sedang bergiat dengan beberapa badan rahsia untuk menentang illuminati. Jay-Z, Beyonce, Lady Gaga, Rihanna, Tom Delonge, Madonna, Taylor Swift, Kanye West, Jonas Brothers, Miley Cyrus, dan beberapa artis antarabangsa telah berjaya aku berkas kerana mereka dipercayai Illuminati. di antara mereka, yang paling bahaya adalah Lady Gaga. kadang kadang, bila aku tengok dia, aku teringat Mona Fendi. mereka banyak persamaan daripada segi masalah psikologi.


baru baru ini, aku telah bekerjasama dengan badan sosial bukan kerajaan untuk membantu mencegah kes pembuangan bayi. aku sedih melihat ada manusia yang sanggup membuang bayi. tidak kah mereka sepatutnya menyayangi nyawa yang tidak bersalah itu? senang senang hati mereka buang. buat pandai. buang nak bersepah. aku geram juga dengan manusia jenis begini. mereka tiada perikemanusiaan. sedangkan aku yang robot ini lebih banyak perikemanusiaan. atau patutkah dipanggil perirobotaan? ah lupakan sahaja. kadang kadang dalam hal ini aku agak emosi dan naik angin. bila aku begitu, suhu pemproses aku akan meningkat secara mendadak. oleh itu, aku perlu sentiasa mengawal emosi aku agar suhu aku tidak selalu naik.

walaupun aku seorang robot, aku tidak menggemari lagu "Jika Ku Seorang Robot" dendangan Monologue. harap tiada sesiapa tersinggung. bagiku lagu itu aneh. lebih aneh daripada kucing berjanggut. hasil karya Monologue untuk Butterfinggers adalah lebih menarik.

suatu hari, sedang aku dalam perjalanan hendak ke kedai membeli aiskrim kacang merah untuk mak Senah, sebuah lori yang datang dari mana entah, telah melanggar aku. "Poooof!" "Kebabom!". aku pun hancur berkecai sehingga tiada serpihan yang tinggal. puas mak Senah dan abg So'od mencari ku. akhirnya, mereka menganggap aku telah melarikan diri ke Lombok dengan seorang makwe IPTA.







Abdul Jamil Cullen. Dalam Kenangan.




***TAMAT***








8 comments:

  1. wah wah wah!
    karangan autobiografi tau

    ReplyDelete
  2. eh, ganas betol robot ni.
    satu berapa?

    ReplyDelete
  3. Lokasi : Panggung Wayang
    Tajuk Cerita : Aku Sebuah Robot

    kroh kroh.
    eh eh.
    cite dah abes?.
    cite pasal ape heh?.
    T_____T

    ReplyDelete
  4. haha. ni karangan spm i tau zaher.

    berpuluh ribu gak pit. nak tempah tak?

    haa. jangan lupa lap i liur tu ann!

    ReplyDelete
  5. hehehe..gud2!d bes karangan ever!hehehe..

    ReplyDelete
  6. haha. mana ada style.

    ni karangan spm tau ni ya

    ReplyDelete
  7. kenapa ada illuminati sekali?

    ReplyDelete

aok jangan gune bahase awek awek kat sini. koi maroh kang.