turun naik turun naik cursor kelip kelip ni. sebab dah lama. dah tak biasa. menulis ni laman picisan minda ni. delete enter delete enter backspace. tak in the blood langsung.
serupa jugak macam makan di tengahari. kalau tak silap aku dah masuk 13 hari kita puasa. lepas 30 hari nanti mesti dah tak biasa dah nak pekena nasi campur lauk rebung sekali dengan perut tambah ayam goreng kulit garing. dapat pulak tengah tengah hari ni air berpeluh. memang syok la menyedut air berpeluh tu.
kat tepi blog ni pun dah boleh pulak badge nuffnang ni tulis "saya siarkan iklan google". ayat dia macam cilaka. punyalah lama tak update blog. letak nuffnang ni bukan apa. saja ja nak bagi penyeri blog kalau keluar iklan beranimasi ni. bukan iklan beranimati seperti "make video calls with your friends" yang buh gambar perempuan tunjuk dada belah dia sambil senyum senyum dekat facebook.
anak buah aku main facebook kot. harap harap dia tak klik. aku sebagai pakcik yang penyayang pun memang tak menyokong anak anak buah aku main facebook. seperti mana aku tak berapa menyokong anak buah aku dengar Justin Bieber dan juga Bunkface. come on la nephews. hahaha. peminat Bunkface jangan kecil hati lah pulak.
dah mencarut macam macam. mungkin kerana rasa sedih apabila terpaksa buang lauk paru masak berlada dengan sambal kerang pagi tadi akibat bangun sahur ketika dah subuh. sedih. tapi bukan menyedihkan.
gulai rebung perut |
paru goreng |
sambal kerang |
tak kisah aku umur berapa pun.
ReplyDeleteaku terliur jugak.
mantap! gua tak terliur..tp gua teringin nak makan sambal kerang tu...
ReplyDelete.
ReplyDeletep.s sebenarnya aku pun terliur. jadi aku dah tau dah lineup juadah berbuka aku apa hari ni. haha
ReplyDeletelinglung, lu jgn makan tengah tengahari ni. haha
kiba, haha
najis do prangai ko letak gamba ayam goreng. ak pon x sahor. T_T
ReplyDelete