kalau ramai follow nanti kita pergi trip ke paris. tengok org kg sana.

Glossari

Panduan utk pembaca. Kebanyakan Entry dalam Bahse Pahang.


Koi itu Saya

Aok itu Awak



*Selamat Ditumbong*

Friday, June 25, 2010

Okey ini konklusinya.





pada 5hb hingga 12hb Jun lepas, Alhamdulillah dengan selamatnya koi telah pergi dan pulang dari Saudi Arabia. 5 malam disana dihabiskan di Tanah Suci Makkah dan 2 malam di Madinah Al-Munawwarah.



dan ini adalah konklusinya, dan terbahagi kepada dua iaitu selepas dan ketika.



Selepas ( 12hb Jun 2010 - sekarang )

"Alhamdulillah"

itulah secara ringkasnya yang dapat koi nyatakan ketika selamat sampai di Malaysia pada pagi 13hb Jun tersebut. macam macam perasaan ada. bila tak pernah berjauhan dengan Malaysia, perasaan rindu yang teramat kepada bumi Malaysia yang tak seberapa ini memang kuat. begitu juga rindu pada Kampung Karak Setia.

bila seseorang pulang daripada menunaikan Umrah, macam macam tanggapan akan diberikan kepada kita. betul tak? contohnya, pikir aje sendiri. heheh. tapi apa apa pun, mesti orang akan beranggapan kita makin baik, kan?

ya, makin baik.

dan kenyataan itu adalah sangat subjektif. ini adalah apa yang koi dapat kongsikan.

pulangnya dari Tanah Suci itu, Afiq Safwan Bin Ariffin masih tetap orang yang sama. masih berjari kudung. haha. okey okey serius sikit. koi masih orang yang sama. koi masih bermain gitar, masih melepak kedai minimum sekali sehari untuk mengopi, masih memakai seluar pendek, berbahasa kesat tetapi agak terkawal, masih mempunyai mata yang memandang makwe makwe, masih bermain facebook dan banyak lagi dia punya masih.

Afiq Safwan masih sama.

di mata kasar, selain daripada berkepala botak, koi nampak sama. sehinggakan kenyataan kenyataan berbaur seperti ini selalu dinyatakan kepada koi,

" aok ni haji (gelaran baru kepada koi) , mende ni pakai seluar jeans koyak lutut. aurat ni. aok tak boleh dah nak rock rock balik dari Umrah. sia sia aje la aok pergi."

kata seorang rakan kampung sambil die gelak stail stail perli berbau sinis.


" haji, apa ni pakai seluar pendek? aok ni same je. koi igt aok beruboh le lepas balik Umrah. keh keh keh. "



yes. koi dijadikan bahan. nasib baik koi biasa dibahan. jadi tak makan hati la.

meh sini koi kongsi sikit keadaannya ye dak? terus terang sejak balik dari Umrah, koi tak banyak cerita apa apa pengalaman pada orang. kerana ianya terlalu indah dan terlalu banyak untuk diceritakan. tetapi apa yang koi katakan, koi bangga menjadi umat Islam. koi bangga dengan Islam. dan ikhlas, koi lebih menjaga segala yang diwajibkan terhadap koi menurut agama seperti solat lima waktu.

koi masih lagi seorang anak muda. tak pernah terlepas daripada salah silap dan dosa di dunia ini. hampir 21 tahun hidup di dunia, koi banyak berdosa. solat lima waktu dahulunya pun banyak lat- la nya. puase wajib pun pernah juga koi ponteng sehari dua dulu.

apa yang koi harapkan, Allah S.W.T ampunkanlah dosa hamba Mu ini. dan terus terang, pemergian koi selama 7 hari itu banyak mengubah koi. tidak semestinya kita perlu berkopiah, berjubah, bertasbih, kita sudah menjadi lebih baik, kan? apa yang koi dah berubah, hanya antara koi dengan Allah S.W.T sahaja yang tahu.

koi masih selesa menjadi diri koi yang sama. cuma sekarang ni rasa gentar dan cinta pada Yang Esa itu pastinya sudah berubah. koi masih lagi berroking. masih bermain gitar. masih sama tetapi tidak serupa.

aku sangat bersyukur diberikan peluang ke Tanah Suci Mu dan Tuhan, tolonglah bimbing hamba Mu ini sentiasa. murahkan lah rezeki ku agar berpeluang ke Tanah Suci Mu lagi.


Ketika (5hb - 12hb Jun 2010)


tak dapat nak dikatakan pengalamannya. sungguh indah, dan bermakna. Alhamdulillah. mujur ada beberapa gambar yang koi tangkap yang mungkin dapat membantu.




Subhanallah. Allahuakbar







sayu di hadapan Kaabah, ini selepas Subuh, kira kira 6.00 pagi.





Tiada yang lebih indah daripada ini.





Menunggu Zuhur





Zuhur






Di hadapan Masjidil Haram, Gate 79 - King Fahd Gate




Ibu dan Bapak, terimakasih.




Banyak untuk diceritakan. Masjidil Haram memang tenang dan indah. ianya lebih daripada sekadar masjid. sayang tiada gambar di Masjid Al-Nabawi.


Insya Allah ada masa, koi update lagi. sekarang time pekena kopi.


Terima kasih, Allah Yang Maha Esa.












5 comments:

  1. makwe jawa dekat anugerah tu awak jangan usha2 sangat tau..kihkih

    ReplyDelete
  2. Bertuah dapat menunaikan umrah bersama family :)

    Doakan saya dapat pergi juga, insha'Allah soon.

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah.ingat g mana.
    ada masa. belanja la aku teh.
    :P

    ReplyDelete
  4. zahir, hahaha. mana ada aku usha hahaha

    nisa, thanks. =)

    belanja teh tak dehal pikah. kau tu je yang tah kemana mana

    ReplyDelete
  5. suungguh tak aci ko dapat peluang tu.
    ;)

    ReplyDelete

aok jangan gune bahase awek awek kat sini. koi maroh kang.