kalau ramai follow nanti kita pergi trip ke paris. tengok org kg sana.

Glossari

Panduan utk pembaca. Kebanyakan Entry dalam Bahse Pahang.


Koi itu Saya

Aok itu Awak



*Selamat Ditumbong*

Friday, February 26, 2010

Pepaleh seram weh!

dari petang semalam sampai pagi tadi, Drummer Paramore (DP), lepak bilik sewa koi. die dari JB. praktikal kat sane. die ni baguih budaknye. main drum pun stail offbeat. memang seronok la kalau layan jamming sepam dua lepas tu minum air tebu kat Sg. Marong tu secara berturutan.

pagi tadi, selepas dinihari subuh baru koi bangun. koi tido lambat semalam. bawak DP melepak kat mapley seksyen 15 babehunting. tapi tak jadi babehunting sangat. jadi sesi mengutuk awek awek yang melepak kat sane. nak buat cemane. dah masing masing mulut memang ce gampang. sian demeh kene kutuk. tabah je la ye dak? tapi kutuk senyap senyap le. kami ni bukan gentle abis pun.

dalam kul 9 pagi tadi mcm tu, koi dgn DP ni pergila jalan jalan cari port minum pagi. DP ni kaye baru baru ni. bukan main lagi kalau tengok die. senyum memanjang. koi pun tumpang senyum jela. pusing punya pusing tetibe je dah sampai kat kawasan dekat depan stesen bas Kajang tu ha. ramai jugak makwe makwe balik kampung. yela. sedangkan koi pun balik kampung. apatah lagi makwe makwe tu. tapi kalau yang balik Selayang takpun Ukay Perdana tu, tak reti la nak classified kan demeh tu balik kampung ke tak. mungkin boleh usulkan kat Dewan Rakyat untuk diorang bahas sambil baling kerusi. point cantik tu nk buat main betah. tengok jela sape yang naik darah sampai main baling baling batu.

dalam ramai ramai makwe tu, DP terjatuh cinta la pulak kat sorg makwe pakai baju kurung cotton corak bunga kecik kecik tanah kain kaler putih. makwe tu cantik jugak la. boleh bagi 4 bintang la. tapi standed la kami ni. muka dah hensem, market dah market. tapi bak kata mat rempit yang selalu lepak Genting Sempah tu, "lu ni xde bran la! tak hati kering langsung!". hotok aok punya hati kering, dalam badan ni ada ke mende kering? cikgu bio koi xde pun ckp cenggitu.
jadi makwe baju cotton tu pun kami tak le ejas. die naik bas ke kuantan. dahle cerite pasal die. sambung balik cerite seram ni.

lepas abes minum gaya brader brader, koi pun anto le DP ke Ktm Ukm. die nak ke Sepang katenye. gamaknye nak training le tour de langkawi. sebenarnye die nak pergi rumah abang die. saje menumbong ni. beberape minit kemudian, tibe tibe koi sampai kat sebuah stesen minyak shell. koi isi minyak RM 5. full tank jgak la. lege dah. yang x sedap nye, duit belen dah tinggal RM3. tabah jela. itupun DP ada kasi pinjam duit td. koi maleh nk pinjam duit banyak banyak. bajet gentleman. heheh. bulan ni duit koi mmg parok. pasal dia lari course sikit. belanja mende mende patut patutla. bukan la pergi kelabing ataupun shafel dan sebagainye. duit koi ni dia stail ada kitaran hidup. omputih panggil circle of life. yang time belaja sains dulu die ada mula mula start dari padi, pergi ke tikus, pergi ke ular, pergi ke burung helang, pergi ke red indian.

ni sebagai alat bantu visual.

padi ----> tikus -----> ular ----> burung helang -----> red indian

camtu jugak la duit koi. secara hipotesis nye, semakin banyak koi berbelanje yang tidak dijadualkan, semakin tetibe duit koi habes. jadi sekarang, demeh dah paham ngape koi balik. sebab sengkek le. keh keh keh. mujur isnin ni masuk duit. kalau tak masuk, memang koi marah marah la kat Mara tu.

berbekalkan tawakal dan kecekalan, koi pun mulakan perjalanan dari Bangi dalam kul 9.45. pukul siap la tu. sebab tak plan. belum sampai gombak, mate dah pinor pinor. cuak jugak koi. gaye macam pendek napas time bronkitis dulu. sebab bronkitis, sampai sekarang tak hisap rokok dah. tu le kecik kecik degil sangat. nak tak nak, singgah lagi sekali kat shell gombak beli red bull. rase jantan abes beli red bull. yang tak berapa nak jantan duit dari tinggal RM 3 dah jadi 80 sen. tabah dan tawakal menemani koi sepanjang perjalanan. dah la paleh rame orang naik genting harini. tak hormat langsung keputeraan Nabi Muhammad SAW kita. ikut demeh la. yg cine p naik kasino tu lantak aok le. yang bangse sendiri tu yang koi kate.

lepas 2 jam perjalanan, koi pun sampai ke kampung tercinta. lebih lama dari biasa. sebab nak bajet minyak. bwk slow je.kredit pulak ada 5 sen. dpt moto koi mati abes minyak cenggane pulak ye dak?kalau boleh kencing je dalam tank tu memang dah lame dah koi berenti kencing kat tandas. tak cukup tank moto koi, tank kereta mak koi dan kereta jiran koi kencing. yelah. berbakti jugak. dan macam biasela, koi balik standad mmg tak akan ade ape ape pun. koi tahu koi bukan datuk ke engineer ke loyer ke ap. jadi tak la berharap sampai sampai kampung je ada taylor swift tercegat sengeh sengeh kat koi ke, geng geng kompang Kampung Batu Dua ke, awek Kolej Komuniti bawak bunga manngar ke. memang tak berharap la. koi sedar sape diri koi. cumalah seorang anak kampung. kemain lagi. ni dah sampai tahap plot sebelum klimaks ni. panjang betei. takpela. dah nak sampai part seram ni. ce bawok bersabor.

lepas regang regang kan semua tulang tulang sengal kat badan koi di atas sofa depan tv, koi pun dijemput makan oleh mak koi. makan nasi beriyani tuh. rempah dari India. memang sedap. memang cengginih! (buat gaya best / thumbs up). perut pun dah kenyang, hati pun dah senang, yaw yaw! kemain senang hati sampai ter rap dah ha. heheh.

usha punya usha jam, dah kul 1. masa untuk menunaikan solat zuhur. dengan gaye tawadhuk, koi bersiap siap. tapi bapak koi tak siap lagi. koi baring la sekejap. yela. paleh penat weh. biasa boleh pecut. tadi kene bawak moto stail bawak anak anak kecil pusing kampung. penat jugak la. baring punya baring, koi pun tertido. yang x bes nya, dan lagi tu nak bermimpi.

mimpi tu la yang seram nye weh! tapi koi tak ingat dah apa koi mimpi. bangun bangun semayang jumaat pun tah kemana. tapi gentle lagi la koi mengaku kat sini. x dayus. x hipokrit. jadi nak mintak no, nak berkenalan tu boleh je. oklah. penat ye dak aokme membace panjang panjang. tak pela. bak kate orang tue tue, membaca tu punca kejayaan. punca tu. jangan main gile.

penat menumbong weh!





Thursday, February 25, 2010

dongeng menara eiffel.

koi sebenarnye rindu betei kat paula koi tu. die tak ade kat sini ha. kalau x, boleh gak terkangkang sorang sorang goreng lagu Don't Cry tu. rokok xda la kat mulut pasal koi dah berenti. i'm sober now! pergh sampai cakap omputih tu. sekarang ni pulak, banyak sangat mende cancel. kelas cancel la. test cancel la. segale mende nak cancel. koi pelik betei. alang alang nk cancel sangat, bagi jela cuti seminggu lagi. baru kaum tiong hua kata, betei betei hao liao. macam gitula. koi pun bukan power mandarin. datang kelas mandarin pun kena layan lecturer mandarin yang muka jambu habis tu cerita kisah kisah dia mengorat. dia nak jadi barney stinson gamaknya. tak apela. dia layak pun layak. jambu dah ada. duit pun beribu. kalo koi ni susah gak le. naik pun moto 4 lejang. CC 135 pun, kalau tak ada coverset ala ala racing, mana awek nak pandang. duit belanja pun asyik tak cukup. mana tak nye, nafsu makan kuat. tapi tak abis pun makan. sebab kat bangi ni indon yang masak. dia x ada 'kick' macam orang kita masak. macam macam la. banyak songeh kata ibu koi pada koi. koi sengeh sengeh je la.

koi ni belajo lagi. kat Malaysia France Institute. tapi x jumpa pun menara Eiffel lagi kat sini. 6 kali jugak la koi round round dalam kolej koi ni. kot kot jumpa. menara pencawang TNB adalah. tp x romantik sangat macam menara Eiffel tu pasal dia x de lampu lampu. belajo kat sini, memang culture shock gakla. sebabnye peralihan dari IPTA yang koi GB sebab GAGAL BELAJAR masa kt IPTA tu. rupanya sipir diorg senang je. aokme GAGAL BELAJAR, demeh bagi free je GAGAL BERHENTI. nak wat camna, sesal dulu banyak sikit akainye, sesal kemudian tadah jela. kih kih kih. dok kat sini yang besnya, belajo dia. macam tak berape stress. sebab lecturer pun sempoi sempoi. yang boleh bawak melepak mengeteh sambil mengumpat. lecturer perempuan pun ramai yang muda muda. kadang kadang demeh ni selalu je sms koi tetiba suh bagitahu kawan kawan apa apa yang nak disampaikan. padahal koi ni bukan ketua darjah pun. paham la tu. nak buat point nk bersms. tapi x de lagi la demeh tu sms koi malam malam ucap goodnite. xpela. x berharap sangat. koi ni jenis serius. kalo nak belajo, belajo je. takdenye la nak bercinte ke ap. kemain pum pam ye dak. tumbong lebeh pulok. kih kih kih.

kat sini ada la gak dlm beberape orang lecturer Perancis. semua nya boleh tahan hensem dan cantik. x dela macam Alizee . muda muda gak semua. kirenye demeh ni lawo lagila dari boyfren ng gilrfren u all yang u all buat wallpeper tu. keh keh keh. orang Perancis ni pulak nampak santai sikit. mane tidaknye, koi penah la nampak demeh ni selambe je hisap rokok kat depan gate MFI ni sekali dengan student. (hisap kat dalam blh kene kompaun. so bebudak smokers ni demeh pun hisap kat luar pagar. betei betei depan gate ng post pak guard.) yang x tahan lagi, yang hisap tu, sorang lecturer lelaki, sorang lecturer perempuan. lecturer lelaki tu boleh pulak pow rokok lecturer perempuan tu. nasib baik orang perancis. kalo orang melayu dah kena dah dayus tu. heheh.

kat sini pulak, koi major in industrial engineering technology. kirenye semue mende la berkaitan dgn industri. amik elektrik pun industri, welding pun industri, automotif pun industri, tido pun kene gaye industri. jadi, bagi menerapkan sifat industri tu dalam diri kami semue ni, MFI ni pun suruh le kami pergi kelas, pakai jaket, seluar jeans dan kadang kadang safety boot. memang tak metro langsung. apatah lagi gaye kelabing tu memang tak adela. keh keh keh. tapi bagus jugak. jimat. koi seminggu pakai satu t-shirt same je kat dalam. pakai kaler gelap sikit. x nmpak kotor. mmg susah gakla nak kotor sebab jaket pun lengan panjang. tutup abes. bau badan pulak tak ade. wangi je sntiasa. bau jantan tu ada la. tapi kadang kadang ada wanita anggap die seksi ye dak? auww gitu. heheh. yang diskriminasi nye, MFI ni dekat ng KPTM. sumber gadis teramai kat Bangi ni. Mamat KPTM lak, bukan main main lagi. rambut pacak tengah ada, pacak landak ada, rambut yang boleh shafel ada, rambut rebonding pun ada. jenis pulak duduk kat hostel pergi KPTM naik moto tak nak pakai helmet. sayang rambut. ceh. dressup, memang smart la. Perdana Menteri kita pun tak ada pakai kemeja POLO belang cam diorang. kasut lak, tajam tajam. tie kadang kadang pakai. kalau pakai kasi loose ala ala Crow Zero. memang kalah la kami yg dok pakai jaket hijau dan kadang kadang biru nih. tapi tak semua laa. koi yakin Zahir Lunatik tak pakai camtu. dia baik budaknya. hihi. cuak gak kalau kene fire ni haa.

awek KPTM lak, tak semua la. segelintir nye, bukan main lagi jual mahal dengan budak MFI. yela dik, kami dressup tak metro, tak swank abes. bau pun kadang kadang cam busuk. tapi adik dah penah bau? kami smua wajib pakai spray wangi Burberry tau. yela. Mara bulan bulan bagi RM630 suruh kami org membazir. tapi boleh kaya gak la kalau berjimat sikit. kalo x g kelabing. heheh. awek awek ni punya sombong kadang kadang tu, kalah Lady Gaga punya sombong. Lady Gaga pon boleh gak senyum kadang kadang. nasib baik koi bukan gentle sangat nk ngorat demeh ni. lagipun makwe koi dah lawo dah. Taylor Swift name die. haa. jangan main gile. tapi nak buat camne. demeh ni pun memang ramai cantik. kirenye kalu segerombolan lalu, 11 dari 10 orang cantik. haa. memang power la. agaknye admin KPTM ni dia suruh budak perempuan yang apply bagi gambo berukuran A4. kalau nak konfem masuk, bagi gambo saiz poster centerfold URTV tu ha. baru glamer. siap terus dapat biasiswa lagi. minimum requrement ialah saiz pinggang maximum hanyalah 27. yang besar besar tu, prepare la jogging kat trek bukit jalil tu. bagus jugak. dari guna buat jom heboh. heheh. tapi ikhlas dari hati, koi bukan pandang sangat awek kptm tu. yela, demeh tu sombong sombong sangat. dah kemana root demeh. entah entah dari Jengka 18 ke, Felda Kemasul ke. orang orang sana baik baik je. bila pergi jauh jauh baru semua jadi terkejut budaya. melatah abis semua. tapi tak semua gak. mesti ada watak protagonis dalam sesuatu cerita kan? kalo koi jumpa, memang koi Seize The Day la. keh keh keh. mana ada mianggg. laki. semua sama. cool macamana pun, jiwang tu ada. gaya metal abis pon, leleh gak kalau tengok hindustan. I Hate Girls macamana pun, mesti nikah gak dengan perempuan nanti. jadi lelaki tak payah la nak bajet cool bajet macho sangat. menyampah gak koi tgk. jadi rilek rilek sudah. tak adela ramai sgt org dpt dosa ngumpat aok. ni pesanan koi kepada diri sendiri gak. kot kot lupa.

penat dah pum pam. koi betei betei rindu paula. dah hampir seminggu x blh lick dia. x blh feel dia. x blh goyang sama dia.

pale hotok aok lucah. ce tgk slash tu. cam gitula keadaan sebenarnya.

besok koi balik. cuti maulidur rasul. dengar cerita pie nak belanja wantan. susah je bro. keh keh. keh. merempit dengan drummer paramore esok. jangan main gilaa.

Wednesday, February 24, 2010

koi org kg.

hi u all. byk betei blog koi. ntahle. mungkin koi ni sangap jugak nk menulis. dulu ada blog koi del pasal blog tu bahaya boleh menyebabkan koi ditahan ISA dan diburu oleh FBI sebab koi berjaya membongkar rahsia rambut lebat Bill Clinton.

koi ni org kampung. orang Karak, Pahang. alamat lengkap tak boleh la bagitahu pasal koi maleh betei nak melayan aokme time raya nanti. koi minimalis. raye raye koi tido je pueh pueh. baru betei raye ye dak aokme? mana urban kalau raya pakai baju kelabing takpun INDIS (Indie Habis). itu gaya nak pergi pavilion mintak kaki tu. lagi urban pakai kain pelikat tak pakai baju macam AXL Rose dan tidor gaya bebas yang boleh buat mak u all naik darah tinggi ke paras sederhana.

tapi sebenarnye kampung koi xdela kampung mane pun. kalau aokme kate nak cari gadis kampung jangan la mengada nak datang kampung koi. gadis gadis kampung dekat sini semua tak mahu dah nk jd gaya kampung. semua nak jadi gaya urban dan stailo abis. baru market katanya. market market mat rempit naik ex5 ngorat layan juga. pelik betei koi. tapi ada gak gadis kampung minimalis. cuma susah la nk jumpa diorang pasal diorang ni pun jarang keluar rumah. kene tunggu demeh cuti sem baru boleh ada kat kampung. kalau nak jumpa pun time kenduri tapi susah jugak la. diorang ni jenis makan pun kaver kaver. 30 saat sekali diorang suap nasi. 30 saat lagi diorang kunyah abis. kalau meja kenduri sikit memang menyirap jugakle. paham paham la kenduri kat kampung. bukan ada air cond ataupun bumbung redup macam kat hotel Palace Of The Golden Horses tempat Mawi nikah tu. kenduri pun tengah panas. jimat sikit tak payah bukak lampu kata tok empat kampung koi. ada sunlight spotlight. tok empat kampung koi memang macam macam sikit.

lepas tu, kampung koi ni x ada jugak orang gi basuh baju kat sungai. semua dah ada mesin basuh. rumah koi pun ada gak. kecik kecik dulu koi memang seronok betei la membasuh baju pakai mesin basuh. sebab nanti boleh sembang pum pam kat member member cakap koi ni indiependent habis. darjah dua dah pandai mesin baju sendiri. indiependent x indiependent nye, darjah enam lepas UPSR koi kemalangan. putus satu jari koi belah kanan. jari telunjuk. sebabnye mase abis spin tu koi tak sabor sgt nk ambik kain last last ambik kau tergeliat jari koi sampai tersembul tulang koi. nasib baik la tak sakit sangat masa tu. boleh bangga la jugak masa cerita kat jiran koi pie adik radzi sebelah rumah koi tu. macam koi ni kuat abes la. detail detail pasal putus jari ni nantila koi cerita. pasal cerita dia ada explicit content skit bak kate omputih. kalau omnigga ataupun omindon tahle mende apa dia kate.

tapi kat kampung ni, yang paling koi suke bile dah besor ni pasal rutin hidup koi memang abis rutin. tak pernah nak ubah. bangkit pagi, makan sarapan tengok tb, golek golek tolong mak koi jap. makan tengahari layan tb lagi, bila matahari turun sikit keluar gi rumah membe koi, pergi mengeteh kat kedai paling urban dan paling ramai makwe. balik rumah dan dan maghrib. lepas isyak keluar balik pergi mengeteh lagi. malam tido lewat bangkit pulak hujung hujung pagi. memang rutin habis la. kalau demeh yang kaki bersosial sangat macam pergi kelabing ke, pergi melepak kat BB x pun Pavilion tu ke, memang berakar la kepala nk hidup rutin camni. memang tak berapa nak ada life. kadang kadang koi pun penat rutin camni. tapi koi senang gak hati. yelah dari setat pandai keluar rumah memang camnilah rutin koi.

tapi sekarang ni, koi bukan kat kampung. rindu betei nak makan goreng pisang dengan keropok kat Chegar Medang tu. port dia urban habis. meja dia bawah dedaun pokok rendang tu. adik adik nurse yang cantik molek pun kadang kadang adalah makan kat situ. tu yang alip samat dengan pie suke sangat makan kat situ. demeh sampai kumpul duit belanja sebab nak makan kat situ. kesian demeh kempunan baru baru ni sebab kedai tu tutup time raye cina. koi pon sempat pergi makan sekali je. antu cina wayering man kampung yang hebat pun dah setat jatuh cinta ngan port goreng pisang habis urban tu.

ok la aokme. panas betei bangi ni. tak urban langsung. awek pun sombong sombong. baru dok bangi dah rase macam orang kelumpo. entah entah orang Jengka 23 gamoknye.