kalau ramai follow nanti kita pergi trip ke paris. tengok org kg sana.
Glossari
Aok itu Awak
Tuesday, May 4, 2010
dua dua dengan makwe orang.
Monday, May 3, 2010
peperiksaan akhir tahun
mase tu pun, Digimon tak sampai lagi ke Karak. masuk darjah empat baru Digimon sampai. yang beli first sekali dalam kelas koi, Faris namenye. anak JPJ. die mewoh dulu. tapi stail baik baik. jenis tak kedekut. aritu ada jumpe die balik kat Facebook. kemain dah hensem dah. dulu tembam tembam gebu gitu. teringat pulak mase raye darjah empat koi pergi habis kan duit raye beli Digimon Pendulum dekat The Store Mentakab. seminggu koi sorok tak nak bagi mak koi tahu. akhirnye konfem kantoi juge. kepale otak pun bebal lagi time tu. tak ade gaye macam John Dillinger sangat.
masuk sekoloh menengah, susoh pulak nak skor. walaupun tak main konda kondi dah. mase tu lagi urban. main kejar kejar dengan warden. seme taik rokok time tu. gaye mase tu kalo tak dapat rokok, terketar ketar jadinye. mungkin sebab baru nak up. hisap rokok nampak macho. bile kantoi rokok, lagi rase macho. sebab tu koi saje bagi kantoi rokok sampai tige kali. sampai nyaris kene buang sekoloh. nasib baik pengetua baik bagi sain surat akujanji.
mase koi kat matriks dulu, maleh koi nak cite sebab koi maleh. heh heh heh. dan sekarang ni, tengah musim peperiksaan kat MFI ni. tempat faveret koi sekarang, ialah library MFI. bukan pergi memburu. pergi stadi la. cuci mate pun tidak. koi stadi bersungguh sungguh gitu. (betul ni yang. orang tak ade pun cuci mate tau.) heh heh heh. tapi bile tepu pergi jugak online Facebook sepam due.
koi abeh exam hujung minggu ni. lepas exam terus nak pergi parti buih. heh heh heh. tak sabar jugak hujung minggu ni. nak pergi The Guitar Store dengan brader Selamat Pagi Gadis.
sejak bahagia 3-4 minggu ni pulak, perut makin buncit. "damn, i feel sexxay!"
Tuesday, April 27, 2010
kali ini abstrak sedikit
hari ini aku bangun dua kali.
sekali aku bangun.
kepala berdesing sedikit. jam kaki panjang dekat no 4. kaki pendek dekat no 9. yang mana jam yang tiada kaki tu, memang tak ade life. tak boleh diajak main futsal mahupun sparring paranawe. deringan telefon di awal pagi yang membuatkan aku terbangkit dari mimpi. memang panas hati mendengar ringtone Pesona Padeli di pagi hari. tetapi bila diangkat, di hujung talian berbunyi suara kecil serak serak seperti Brooke dalam cerita One Tree Hill, hati sejuk sikit.terus tersedar. terus kembali ke dunia yang nyata.
letak kaki ke lantai. muka meleweh duduk diatas katil. termenung seminit dua sambil terfikir masalah dunia yang bergelora sekarang. suntik nikotin sedas dua. bagi penyegar sedikit. menyesal kerana kembali kepada nikotin. jangan risau nanti aku buang kau kembali. ibu, jangan baca entry anak ibu yang ini tau. bangun pagi, gosok gigi, cuci muka, pakai baju, bukak pintu, start kereta, menuju ke kedai nasi lemak berdekatan. jimat ayat sudah tidak perlu memutarkan banyak perenggan untuk menceritakan perkara remeh.
sampai kedai nasi lemak, tarik tarik muka sedikit bagi muka renggang agar tidak terlalu ketat. nanti nampak tidak sopan. nanti nampak dek Abang Tiga Line Kawasan sebab muka ketat karang kena roll-call pula. agak susah untuk melonggarkan muka sebab it's in the blood. namun begitu muka sahaja ketat. tetapi kalau aku buka mulut karang stop, drop, and roll y'all tergelak karang. i'm a very funny man. ceh cam sial.
sampai sahaja kaki kanan aku dekat depan meja yang tengah susun nasi lemak dua tiga bungkus, makcik tersebut bertanya,
" ye yang, nak apa ? "
aku tersenyum. bukan main lagi dia main sayang sayang. pandai berniaga betei. Cina, India, Melayu, Serani, Banjar, Boyan, PATI, Jew, Inggeris dan Kaukasian pun agaknya dia sayang juga. mujur makwe aku tiada. nanti die jeles dia tarik muka lepas tu silang tangan duduk diam diam tak nak cakap dengan aku. olololo comelnye. dan lagi satu, tabah laki makcik ni. bukan jenis kaki cemburu. bini dok sayang sayang orang lain dia tak ada hal punyalah. bagus benar.
makcik bertanya aku kena la menjawab.
" nak nasi lemak satu. dan bungkus teh ais satu ye makcik "
nyaris nak sebut sayang. kalau sebut kang tak tido malam makcik tu.
lepas beli jalan dalam sepuluh langkah sampai depan pintu kereta bukak pintu start kereta tekan minyak dan terus jalan. ( cuba baca senafas ).
tak lupa masa aku nak mula bergerak tadi, ada seorang budak sekolah naik moto Lagenda bukan main lagi dia memandang aku. sambil rokok di tangan dia paling kat aku, sedut dalam dalam sepam lepas tu lepas keluar dari hidung dan mulut. memang kurang manis muka dia. kurang ajar budak sekarang. ini mesti sebab kuat main facebook sampai masing masing jadi kurang ajar.
aku bukak tingkap, aku pekik kearah budak itu.
" Hoi! "
belum sempat apa apa, terbabas budak tu. jatuh ke tanah. kemudian dari arah yang bertentangan datang sebiji lori hantu melenyek dia. tak abis dari tu, tiba tiba jatuh sebiji bom dari langit pada budak itu. kemudian dia digilis pula oleh bullet train dari Jepun tu. aku terkesima tetapi relax sahaja. anything possible sekarang ini. takziah kepada keluarga budak sekolah tu. lu pun arwah budak, kantoi lu ponteng sekolah.
aku balik, bukak nota, bentang suratkhabar dan duduk bersila. aku bukak bungkusan nasi dan start makan sambil study. multitasking aku dengar orang kata. multitasking ini kalau dilatih, dewasa nanti boleh menjadi seorang poligamis terbaik. tetapi aku tak nak jadi poligamis. teringat pulak zaman Cool bila dia tiba tiba buang tebiat nak main Origami. itulah bezanya Cool dengan sekalian manusia di dunia ini. dia cool.
hasilnya stadi sambil makan nasi lemak, tidak bagus. tadi masuk exam aku tak sempat jawab habis. masa tidak cukup. aku tabah orangnya jadi tak berapa kecewa sangat. aku juga ada hipotesis kedua. air cond dalam exam hall tu sejuk gila. jadi hipotesis aku ialah,
" Suhu yang sejuk di dalam exam hall telah menyebabkan masa dua jam mengecut menjadi pendek kepada satu jam setengah " .
harap harap ada orang dari majlis nobel baca. mana tahu hipotesis aku diterima dan aku boleh dapat hadiah nobel.
kali kedua aku bangun.
aku terus tulis entry ini.
abstrak celah mana pun saya pun tidak tahu. lek ah daus je pon. doakan semoga saya berjaya di dalam peperiksaan akhir semester ini.
Thursday, April 22, 2010
ini serius ni. serius ni
" mujur jugek ape yang koi alami baru baru ini, koi alami mase umur 21 ye dak Cool? ce kale koi kene mase umor 25-26. mase tu koi mesti dah pikir nak nikoh dah. paham paham la koi ni Cool. lelaki penuh komitmen orang kabo. "
"ngape pulok aok cakak macam tu?"
" tak adela. okay jugak ye dak koi tempuhi mende ni mase umor koi sekarang. sekarang ni komitmen koi belajor aje. tak ade komitmen tetap lagi. tapi pikir pikir balik sekarang, umor canggini la kite kene start memburu Cool. kite memburu elok elok, pastu jage betei betei 4-5 tahun. kalo ngam, cantek je gayenye, cukup duit, cukup kelayakan, masuk nikoh terus. sedangkan Sap pun kabo dekat koi nak die nak tamatkan zaman bujang die. die kabo nak ngorat budak Klau. anak member mok die. koi sapot jela. Sap tu baguih orangnye. Paten lepas bangun tido, terus lipat selimut. tak ade nye jenis nak bior selimut tu dok berlingkor ateh katil. tegok je stail hu ha. tapi bertanggungjawab tu."
" memangla. kalo nak pikir tang umor sekarang le kite kene memburu ye dak. tapi koi ntahle. macam tak ade mood sangat nak memburu ni. "
Cool diam seketika. memikir. kemudian die menyambung.
" tak dela. ce kalo koi kene time umor 26. mikir nak nikoh time tu. macamane? tak peras (frust) menonggeng? silap silap bukan peras menonggeng. peras memacak ye dak? jenis peras yang kepale dalam tanah, kaki terpacak straight ke ateh. ha. jangan main gile. "
" haih sakek aok ni. lepas tu? ape lak orang kampung kate nanti? "
" haa. konfem seme orang kampung tu bertanye mak koi. "ngapenye apiq tu Kak La? sampe terpacak dah tu ha? kepale dok dalam tanah. kaki dok ke ateh. terok benor gayenye."
mak koi pulak, steady je jawab.
" ceh. taik aok ni. haha. maleh betei koi nak layan. "
" tapi Cool, setiap hero mesti ade comeback. macam Tom Hansen dalam 500 Days Of Summer tu, 6 bulan jugak die peras. koi pulak dalam 3-4 bulan gitula. sampai mase, koi kene keluar dari tanah tu jugak. mase koi keluar dari tanah tu, muke koi penuh bertanah. dah jadi macam mask. koi masuk dalam rumah je mak koi terkejut. koi terus naik ateh, capai tuala, mandi wangi wangi. turun bawah seme orang terkejut. tu dia muka koi dah jadi macam Orlando Bloom. keh keh keh. "
" koi dah agak dah aok tu. "
kadang kadang kite tak perlu memburu. yang baik, sentiasa ada di depan mate kite. Alhamdulillah. ape ape pun, kite sebagai manusia, kene hargai satu sama lain. jangan fikir kan diri sendiri. sebab nanti tak akan ada orang nak fikir pasal diri aok kale aok dok fikir diri sendiri.
susah senang dunie ni, banyak dah koi tempuhi. seme ni dugaan. seme ni cabaran.
yang penting seminggu due ni koi bahgie. keh keh keh. bunge bunge pulok.
Sunday, April 18, 2010
roti siput, beg kuning dan marlboro soft pack 20.
kalau mase sekoloh dulu, perut tak pernah nak kenyang. dalam kepale otak koi pikir makanan je. gemuknye tidak jugak. tak cukup bekalan makanan sendiri, sapu membe punye. tak cukup membe punye, sapu budak junior punye. tak cukup budak junior punye, suruh budak junior pergi carikan. memang hantu la perangai koi dulu. tapi sebelum boleh jadi camtu, konfem la kite kene lalu dulu. tapi syok. sekolah berasrama banyak membantu koi untuk jadi manusia yang lebih baik.
mase sekoloh, mende paling faveret ialah roti siput. kemain sedak die. kalo dapat tu menyengih gak la makan. bentuk dia takdela lawo mane. buruk je ala ala siput. dalam ade kerim. roti siput ni wujud kat sekolah menengah seri bentong je. koi tak pernah lagi jumpe die kat mane mane. dulu stail zaman bebudok menggatai, ayat makwe makwe pun boleh pakai roti siput. beli roti siput sebijik, lepas tu pergi ke kelas makwe sasaran, letak bawah meje die. kalo nak sweet, letak la nota nota kecik sekali. koi lebih suke jadi anonymous. kadang kadang saje buat cmtu. bajetkan budak pompuan. ade jugakla budak perempuan kelas koi dah terkena. kemain menyengih die dapat roti siput. die tak tahu tu roti siput koi rembat je dekat kantin mase tu. heh heh heh
time makan, semua budak memang laju. kalo budak laki ni tak payah nak cakap. kirenye antara makwe cun dengan makanan, kalo zaman sekoloh dulu memang budak laki pilih makanan la. lagi sedak. lagipun makwe makwe zaman sekoloh dulu biase biase je. tak de la cun mane. hahah. marah pulok demeh. tapi sekarang ni mungkin demeh semua tu dah cun. koi tengok kat fesbuk bukan main bergaye lagi demeh tu bergambo. muncung mulut sane la muncung mulut sini la. aok jangan marah. tapi kadang kadang nampak tak semenggah jugak gambo camtu hahah.
sambung balik time makan. haa. time makan budak laki ni memang kebulur. nasik nak lebih. kuah nak banjir. ikan nak sekolam. ayam nak sereban. tapi malang masakan Dewan Selera (DS) memang tak sedak mane. tapi itu je pilihan yang ade. sebat je la. taim hujung minggu, selalu jugak mak bapak datang. mak bapak yang datang dekat blok putera tu, memang tak yah risau la gane nak panggil anak die. sebab ramai sangat dah geng putera pemangse menunggu kat koridor. nampak je mak bapak orang lain, cepat je demeh buat announcement. kalah sistem P.A surau. mak bapak koi selalu gak datang. rumah koi sebelah rumah sekolah je. otai kampung la time sekolah dulu hahah. mak koi ni effisien sikit. tiap kali die datang bawak makanan. die mesti asingkan dua bekas. satu bekas kecik. satu lagi bekas beso. untuk kawan - kawan bekas beso. untuk koi bekas kecik. koi boleh makan sorang sorang dengan aman. yang lain tu berebut rebut makan. hahah. tapi sebenarnye berebut rebut tu lagi sedak. sebab tu pisang yang letak kat masjid Karak Setia tu, tak sampai seminit dah licin kat masjid tu. seme kebulur macam piranha. termasuk la koi. lepas makan pisang, pergi kat kedai belakang masjid, hisap rokok dunhill batang sambil makan aiskrim potong. heaven rasenye macam tu.
pasal beg kuning, nanti koi cerite. itu cerite tentang makwe makwe. heheh.
pasal marlboro soft pack 20, itu rokok koi kene rampas mase kene spotcheck dengan ustaz yang kurang digemari ramai tu. lapor ni. makan ayam penyek ade kick jugak ye dak tengah tengahari ni?
Thursday, April 15, 2010
K.K.S.M
"ah pergi mampus la lu perempuan! apa masalah lu nak kacau gua lagi? lu ada jantan lain. pergi lah layan jantan lain tu. sial. dasar perempuan tak bermaruah. muka cantik innocent habis tapi semua wayang! @#$!^!&*!!"
kasar bunyiknya. sampai kene censored kalo bahse omputihnye. tapi itu bukan ayat koi. itu ayat yang baru koi dengor tadi mase nak bukok pintu masuk bilik tadi. debor gak. gayenye macam gaduh cakak telepon. takut juga tiba tiba ada telepon bimbit melayang melekat kat kepale ni. tak syok jugak petang petang macamni kene melayan sakek kepale benjol. Entahla brader Master UKM. sian ke aok. tu le. kite tak pernah ade mase nak layan borok sambil ngeteh. kan aok dah kene jerat percintaan. tak sempat koi nak selamatkan aok. jerat tipikal perempuan sekarang. cari lelaki atas dasar kehendak. bukan keperluan. sian demeh. jangan tension. kang tak abeh research kat UKM tu makin lame la aok duk sini. sewa mahei kot.
ok dah la cerite brader tu. koi baru balik melayan pecer lele. ye. koi memang jenis kuat berlagak sikit bab bab makan ni. seronok berlagak kat orang bile kite makan mende sedak. kalo aokme tak suke nanti kite set tempat, kite gaduh. bukak la buah pencak masing masing. kalo bukak buah durian pun layan jugak kalau makan sambil bersimpuh. ok sekarang semua dah mengarut.
simptom mengarut ini mungkin disebabkan peperiksaan akhir penggal koi yang hanya berada di sekitar kona tu. takpun mungkin kerana kekurangan beauty sleep sejak kebelakangan ni. banyak sangat keje sekoloh. penat koi membuat nye. hidup sekarang ni pun dah tak berapa sihat. asyik mengamalkan gaya hidup N.B.D.A.L ( Nota Bersepah Diatas Lantai ), T.I.D ( Tidur Ikut Dan ) dan yang paling penting K.K.S.M ( Kelam Kabut Setiap Masa ). gaya hidup ni tak berapa sihat. tak percaya demeh higlight sotpom tu seme, right click, search google. tengok mende kluor. koi tak tahu gak ape yang kluor. tak pernah terai lagi.
lepas exam ni, banyak gak planning. plan yang paling bes, koi ingat nak amik cuti dua bulan. lupe, memang cuti pun. sakek aok ni.
psp - pasport dah siap, gambar dah tangkap. harap harap murah rezeki tak ade masalah dah lepas ni. Amin. semoga koi boleh muhasabah diri, jadi insan yang baik.
koi dah tak boleh nak main main cinta sangat. sebab mende ni bukan mende mende main ye dak? tapi yang pasti, yang terbaik tu sentiasa ada mase susah ataupun senang. bukan berjiwang mat, menghargai. cepat ngat kondem demeh ni. terimakasih, Ya.
