kalau ramai follow nanti kita pergi trip ke paris. tengok org kg sana.

Glossari

Panduan utk pembaca. Kebanyakan Entry dalam Bahse Pahang.


Koi itu Saya

Aok itu Awak



*Selamat Ditumbong*

Friday, February 26, 2010

Pepaleh seram weh!

dari petang semalam sampai pagi tadi, Drummer Paramore (DP), lepak bilik sewa koi. die dari JB. praktikal kat sane. die ni baguih budaknye. main drum pun stail offbeat. memang seronok la kalau layan jamming sepam dua lepas tu minum air tebu kat Sg. Marong tu secara berturutan.

pagi tadi, selepas dinihari subuh baru koi bangun. koi tido lambat semalam. bawak DP melepak kat mapley seksyen 15 babehunting. tapi tak jadi babehunting sangat. jadi sesi mengutuk awek awek yang melepak kat sane. nak buat cemane. dah masing masing mulut memang ce gampang. sian demeh kene kutuk. tabah je la ye dak? tapi kutuk senyap senyap le. kami ni bukan gentle abis pun.

dalam kul 9 pagi tadi mcm tu, koi dgn DP ni pergila jalan jalan cari port minum pagi. DP ni kaye baru baru ni. bukan main lagi kalau tengok die. senyum memanjang. koi pun tumpang senyum jela. pusing punya pusing tetibe je dah sampai kat kawasan dekat depan stesen bas Kajang tu ha. ramai jugak makwe makwe balik kampung. yela. sedangkan koi pun balik kampung. apatah lagi makwe makwe tu. tapi kalau yang balik Selayang takpun Ukay Perdana tu, tak reti la nak classified kan demeh tu balik kampung ke tak. mungkin boleh usulkan kat Dewan Rakyat untuk diorang bahas sambil baling kerusi. point cantik tu nk buat main betah. tengok jela sape yang naik darah sampai main baling baling batu.

dalam ramai ramai makwe tu, DP terjatuh cinta la pulak kat sorg makwe pakai baju kurung cotton corak bunga kecik kecik tanah kain kaler putih. makwe tu cantik jugak la. boleh bagi 4 bintang la. tapi standed la kami ni. muka dah hensem, market dah market. tapi bak kata mat rempit yang selalu lepak Genting Sempah tu, "lu ni xde bran la! tak hati kering langsung!". hotok aok punya hati kering, dalam badan ni ada ke mende kering? cikgu bio koi xde pun ckp cenggitu.
jadi makwe baju cotton tu pun kami tak le ejas. die naik bas ke kuantan. dahle cerite pasal die. sambung balik cerite seram ni.

lepas abes minum gaya brader brader, koi pun anto le DP ke Ktm Ukm. die nak ke Sepang katenye. gamaknye nak training le tour de langkawi. sebenarnye die nak pergi rumah abang die. saje menumbong ni. beberape minit kemudian, tibe tibe koi sampai kat sebuah stesen minyak shell. koi isi minyak RM 5. full tank jgak la. lege dah. yang x sedap nye, duit belen dah tinggal RM3. tabah jela. itupun DP ada kasi pinjam duit td. koi maleh nk pinjam duit banyak banyak. bajet gentleman. heheh. bulan ni duit koi mmg parok. pasal dia lari course sikit. belanja mende mende patut patutla. bukan la pergi kelabing ataupun shafel dan sebagainye. duit koi ni dia stail ada kitaran hidup. omputih panggil circle of life. yang time belaja sains dulu die ada mula mula start dari padi, pergi ke tikus, pergi ke ular, pergi ke burung helang, pergi ke red indian.

ni sebagai alat bantu visual.

padi ----> tikus -----> ular ----> burung helang -----> red indian

camtu jugak la duit koi. secara hipotesis nye, semakin banyak koi berbelanje yang tidak dijadualkan, semakin tetibe duit koi habes. jadi sekarang, demeh dah paham ngape koi balik. sebab sengkek le. keh keh keh. mujur isnin ni masuk duit. kalau tak masuk, memang koi marah marah la kat Mara tu.

berbekalkan tawakal dan kecekalan, koi pun mulakan perjalanan dari Bangi dalam kul 9.45. pukul siap la tu. sebab tak plan. belum sampai gombak, mate dah pinor pinor. cuak jugak koi. gaye macam pendek napas time bronkitis dulu. sebab bronkitis, sampai sekarang tak hisap rokok dah. tu le kecik kecik degil sangat. nak tak nak, singgah lagi sekali kat shell gombak beli red bull. rase jantan abes beli red bull. yang tak berapa nak jantan duit dari tinggal RM 3 dah jadi 80 sen. tabah dan tawakal menemani koi sepanjang perjalanan. dah la paleh rame orang naik genting harini. tak hormat langsung keputeraan Nabi Muhammad SAW kita. ikut demeh la. yg cine p naik kasino tu lantak aok le. yang bangse sendiri tu yang koi kate.

lepas 2 jam perjalanan, koi pun sampai ke kampung tercinta. lebih lama dari biasa. sebab nak bajet minyak. bwk slow je.kredit pulak ada 5 sen. dpt moto koi mati abes minyak cenggane pulak ye dak?kalau boleh kencing je dalam tank tu memang dah lame dah koi berenti kencing kat tandas. tak cukup tank moto koi, tank kereta mak koi dan kereta jiran koi kencing. yelah. berbakti jugak. dan macam biasela, koi balik standad mmg tak akan ade ape ape pun. koi tahu koi bukan datuk ke engineer ke loyer ke ap. jadi tak la berharap sampai sampai kampung je ada taylor swift tercegat sengeh sengeh kat koi ke, geng geng kompang Kampung Batu Dua ke, awek Kolej Komuniti bawak bunga manngar ke. memang tak berharap la. koi sedar sape diri koi. cumalah seorang anak kampung. kemain lagi. ni dah sampai tahap plot sebelum klimaks ni. panjang betei. takpela. dah nak sampai part seram ni. ce bawok bersabor.

lepas regang regang kan semua tulang tulang sengal kat badan koi di atas sofa depan tv, koi pun dijemput makan oleh mak koi. makan nasi beriyani tuh. rempah dari India. memang sedap. memang cengginih! (buat gaya best / thumbs up). perut pun dah kenyang, hati pun dah senang, yaw yaw! kemain senang hati sampai ter rap dah ha. heheh.

usha punya usha jam, dah kul 1. masa untuk menunaikan solat zuhur. dengan gaye tawadhuk, koi bersiap siap. tapi bapak koi tak siap lagi. koi baring la sekejap. yela. paleh penat weh. biasa boleh pecut. tadi kene bawak moto stail bawak anak anak kecil pusing kampung. penat jugak la. baring punya baring, koi pun tertido. yang x bes nya, dan lagi tu nak bermimpi.

mimpi tu la yang seram nye weh! tapi koi tak ingat dah apa koi mimpi. bangun bangun semayang jumaat pun tah kemana. tapi gentle lagi la koi mengaku kat sini. x dayus. x hipokrit. jadi nak mintak no, nak berkenalan tu boleh je. oklah. penat ye dak aokme membace panjang panjang. tak pela. bak kate orang tue tue, membaca tu punca kejayaan. punca tu. jangan main gile.

penat menumbong weh!





3 comments:

  1. tahi la aok ni. part mana yg seramnya?

    ReplyDelete
  2. kalau dengan cekgu saroya dah kene tarik sideburn aok nih

    ReplyDelete
  3. die lupe nak citer kne karate dgn bapak die sbb mintak duit nak beli pentis taylor swift..

    ReplyDelete

aok jangan gune bahase awek awek kat sini. koi maroh kang.